PANDUAN DAN TEKNIK
MENJAWAB
INSTRUMEN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN KIMIA
4541
INSTRUMEN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN KIMIA 4541
Untuk mendownload panduan dan modul Perfect Score SBP, sila scroll laman ini hingga ke bahagian bawah.
1.0 FORMAT INSTRUMEN
Pilih Jawapan Aneka pilihan Aneka Gabungan. Setiap item mempunyai 4 pilihan jawapan A,B,Cdan D |
Bhg A: Item Berstruktur Bhg B: Item respons Terhad Bhg C: Item respons terbuka. |
Item Berstruktur Item Respons Terbuka. |
||
6 item (jawab semua) Bahagian B : 2 item (Pilih satu) Bahagian C : 2 item (Pilih satu) |
2 item (Jawab semua) Item Respons Terbuka 1 item (wajib) |
|||
Kefahaman-15 Aplikasi-10 |
Kefahaman 21 Aplikasi 29 Analisis 21 Sintesis 15 |
16 aspek dengan 3 skor maksimum |
||
(25 item mudah15 item pertengahan; 10 item sukar) |
(50 skor mudah : 30 skor pertengahan : 20 skor sukar) |
|||
2.0 PANDUAN MENJAWAB
2.1 Kertas 1 (Objektif)
2.1.1 Mulakan soalan mudah.Tinggal soalan yang tidak dapat dijawab untuk sementara. Baca semula dan cuba jawab soalan yang ditinggalkan.
2.1.2 Cadangan penggunaan masa .1 ½ minit untuk setiap soalan. 50 soalan –75 minit termasuk semakan.
2.1.3 Terus tandakan jawapan dalam kertas OMR.
2.2 Kertas 2 (Struktur)
2.2.1 Soalan bermula dengan maklumat tertentu. Fahamkan dan gunakan semasa menjawab
2.2.2 Jawapan ringkas dan tepat.Bagi soalan penghitungan,tunjukkan langkah penghitungan.
2.2.3 Cadangan penggunaan masa - 1 ½ jam (90 minit ) untuk 6 soalan termasuk masa semakan.
2.3 Kertas 2 (Esei)
2.3.1 Baca semua soalan dengan teliti
2.3.2 Pilih 1 soalan daripada bahagian B dan 1 soalan daripada bahagian C yang dirasakan memberi isi yang tepat dan terbanyak
2.3.3 Rancangkan jawapan secara sistematik mengikut maklumat yang dikehendaki soalan.
2.3.4 Setiap soalan / bahagian soalan terdapat jumlah peruntukan markah. Ini boleh digunakan sebagai panduan panjang jawapan. [1 markah – 1 poin]
2.3.5 Berikan fakta-fakta utama. Dimana yang sesuai,huraikan jawapan dengan bantuan gambar rajah berlabel,graf,jadual atau persamaan kimia.
2.3.6 Cadangan penggunaan masa – 1 jam (60 minit) iaitu 30 minit setiap soalan termasuk masa semakan.
2.4 Kertas 3
2.4.1 Soalan melibatkan eksperimen yang dijalankan di makmal.Oleh itu pelajar mesti menghadiri pelajaran amali dan berlatih menulis laporan amali yang sempurna.Dengan ini membantu untuk menjawab dengan baik.
2.4.2 Kemahiran proses sains seperti memerhati,mengelas,mengukur dan menggunakan nombor,membuat inferens, meramal,berkomunikasi,
menggunakan perhubungan ruang dan masa, mentafsir data, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah dan membuat
hipotesis harus dikuasai.
2.4.3 Biasakan dengan kemahiran membaca alat-radas seperti buret, jam randik dan sebagainya.
2.4.4 Buat latihan melukis graf.
2.4.5 Penggunaan masa- 1 jam 30 minit bagi ketiga-tiga soalan.
2.4.6 Untuk soalan 3 pelajar hendaklah menulis tajuk sub topik mengikut urutan seperti dalam soalan.
Contoh:
(i) Pernyataan masalah ATAU Tujuan eksperimen
(ii) Hipotesis ATAU Pemboleh ubah
(iii) Bahan dan radas
(iv) Prosedur
(v) Penjadualan data
Biasanya soalan bermula dengan kata tugas iaitu apa yang pelajar harus jawab. Pelajar harus tahu kata tugas untuk memastikan jawapan yang ditulis mengikut kehendak soalan.
Contoh: Namakan unsur utama yang dicampur dengan kuprum untuk membentuk gangsa. Jawapan: Stanum Bukan: Sn |
|
Contoh: Nyatakan satu sifat asid. Jawapan: Menukarkan litmus biru kepada merah. |
|
Contoh: Nyatakan pemerhatian apabila pita magnesium dimasukkan ke dalam asid hidroklorik. Jawapan: Pembuakan/gelembung gas. Bukan: Gas hidrogen terbebas. > Menulis perubahan warna asal dan warna akhir. Contoh: Nyatakan pemerhatian pada warna larutan kuprum(II) sulfat. Jawapan: Warna biru larutan menjadi tidak berwarna/semakin pudar Bukan: Larutan menjadi tidak berwarna. |
|
Contoh: Terangkan mengapa gangsa lebih keras daripada kuprum tulen Jawapan : Dalam kuprum tulen, atom mudah menggelongsor.Dalam gangsa, atom stanum mengganggu susunan atom kuprum.Dengan itu menghalang gelongsoran atom kuprum. |
|
Contoh: Apakah yang dimaksudkan dengan hidrokarbon. Jawapan: Sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen sahaja. Bukan: Sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen. |
|
Contoh: Berikan satu ujian untuk mengenali ion Fe3+. Jawapan : Campurkan larutan natrium hidroksida. Mendakan perang terbentuk. |
|
Contoh: Huraikan bagaimana gas (hidrogen) disahkan hadir. Jawapan: Masukkan kayu uji bernyala ke dalam tabung uji berisi gas. Bunyi’pop’ terhasil. Bukan: Uji gas dengan kayu uji bernyala. |
|
Contoh: Huraikan bagaimana anda menyediakan larutan kuprum(II) sulfat bermula daripada pepejal kuprum(II)oksida. Jawapan : Campurkan kuprum(II)oksida kepada asid sulfurik cair sehingga berlebihan.Turaskan untuk mendapatkan hasil turasan. |
|
Contoh: Bincangkan dari segi teori ion mengapa pepejal plumbum(II) bromida tidak boleh mengalirkan elektrik tetapi plumbum(II)bromida lebur boleh. Jawapan: Plumbum(II) bromida adalah sebatian ion.Dalam pepejal,ion-ion terikat kuat oleh daya elektrostatik.Oleh itu ion-ion tidak bergerak bebas.Apabila dileburkan ion-ion bergerak bebas. |
|
Contoh: Ramalkan kenaikan suhu yang dijangka jika eksperimen I dijalankan menggunakan radas yang lebih besar. Jawapan:Kenaikan suhu lebih rendah. |
|
Bezakan |
> Menyenaraikan semua perbezaan antara dua perkara. Contoh: Nyatakan tiga sifat yang boleh membezakan antara sebatian ion dengan sebatian kovalen. Jawapan:[Menyenaraikan 3 sifat sebatian ion dan 3 sifat sebatian kovalen] |
(i) Radas berfungsi (contoh: tidak bocor / gabus tidak masuk ke dalam) (ii) Label (iii) Jika ada larutan, larutan perlu dilorek. (iv) Jika ada pemanasan-anak panah dan perkataan panaskan dibawah anak panah. |
|
> (ii) Sebatian kovalen- 8 elektron disetiap petala luar dan perkongsian elektron betul. Semua petala ditunjukkan. Bilangan atom yang berpadu juga betul. |
|
> Skala yang sesuai, > Pemindahan titik betul, > Bentuk dan graf licin. > Jika hitung kadar pada masa tertentu-lukis segitiga tepat pada tangen lengkungan graf. |
|
> 2 garis ufuk dan tenaga dilabel. > Bahan tindak balas dan hasil tindak balas di garis yang betul. |
|
4.0 KESILAPAN BIASA CALON
4.1 Soalan Struktur
4.1.1 Tidak memahami tugasan soalan / kehendak soalan
4.1.2 Menyalin semula soalan
4.1.3 Jawapan terlalu panjang / memanjangkan jawapan
4.1.4 Memberi lebih daripada satu jawapan
4.1.5 Memberi unit yang salah
4.1.6 Masalah ejaan pada istilah
4.2 Soalan Esei
4.2.1 Tidak faham tugasan soalan
4.2.2 Jawapan terlalu umum –tiada isi
4.2.3 Isi yang diberi tidak sama dengan markah yang diperuntukkan.
4.2.4 Tidak sertakan gambar rajah sebagai pelengkap
4.2.5 Tulisan sukar dibaca
4.2.6 Bahasa – penyampaian tidak memuaskan
4.2.7 Fakta tidak tersusun
4.3 Lain-lain (terdapat dalam struktur dan esei)
4.3.1 Persamaan tidak seimbang
4.3.2 Tidak dapat membezakan antara persamaan ion, persamaan bagi setengah tindak balas atau persamaan keseluruhan.
4.3.3 Tidak dapat menyatakan warna bahan dengan tepat
4.3.4 Tidak menyebut warna asal bagi sesuatu perubahan.
4.3.5 Kesilapan gambar rajah
4.3.6 Kesilapan dalam penghitungan dimana tidak menunjukkan jalan kerja.
4.3.7 Tidak menghuraikan kaedah bagaimana ujian ke atas sesuatu bahan dijalankan.
4.3.8 Tertinggal perlakuan-perlakuan penting dalam huraian eksperimen seperti gaulkan, campurkan, gaulkan campuran dengan rata, panaskan dengan kuat.
4.3.9 Bagi huraian eksperimen yang berkaitan dengan kuantiti,terdapat calon yang tidak memberikan kuantiti yang sesuai malah ada yang tidak menyebut langsung
4.3.10 Keliru dengan pemerhatian.Contoh:Gas hidrogen dibebaskan.Sepatutnya pembuakan/gelembung gas.
4.3.11 Melukis graf : paksi-paksi tidak dilabel dan tiada unit.
4.3.12 Menganggap Siri kereaktifan sama Siri elektrokimia.
4.3.13 Tidak menyebut keadaan bahan yang digunakan atau hasil yang terbentuk
4.3.14 Soalan yang memerlukan perbezaan antara dua bahan, ada calon yang menumpukan kepada satu bahan sahaja. Misalnya soalan tentang perbezaan sebatian ionik dan sebatian kovalen. Calon hanya memberikan sifat sebatian ionik sahaja.
4.4 Penggunaan Istilah/Perkataan Yang Tidak Tepat
5.0 SIFAT JAWAPAN YANG BAIK
5.1 Tepat
5.2 Ringkas
5.3 Lengkap
5.4 Jelas
5.5 Bersih
5.6 Teratur
6.0 PERINGATAN DAN PESANAN
6.1 Konsep mol - Perlu dikuasai dengan baik. Perlukan pelbagai latihan dalam semua tajuk yang berkaitan dengan konsep mol. Antara tajuk yang melibatkan konsep mol:
- Formula dan persamaan kimia
- Asid, bes dan garam
- Termokimia
- Kadar tindakbalas
6.2 Menjawab soalan
- Kuasai kemahiran memahami arahan /tugasan soalan. Baca soalan dengan teliti. Pastikan jawapan yang diberikan setanding dengan peruntukan markah untuk soalan yang dijawab itu.
- Bagi soalan esei, buat rangka jawapan terlebih dahulu.
- Banyakkan latih-tubi dengan menjawab soalan-soalan yang lebih mencabar
- Jawab juga soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.
- Mesti buat latihan penghitungan yang melibatkan pelbagai hubungkait.Dalam penghitungan,unit hendaklah diberi perhatian sewajarnya.
6.3 Penguasaan
6.3.1 Bahasa/ istilah
- Gunakan istilah yang tepat,tidak kabur atau secara umum sahaja
- Perlu latihan menggunakan bahasa yang tepat dalam menghuraikan eksperimen, memberi maksud atau menerangkan sesutu konsep.
6.3.2 Formula bahan kimia
- Perlu untuk membina persamaan kimia.
- Jenis-jenis persamaan harus diketahui dan dapat dibezakan.Misalnya persamaan ion , setengah persamaan.
- Persamaan penting kerana digunakan untuk menghitung kuantiti bahan atau hasil tindak balas.
6.3.3 Huraian eksperimen
- Jawapan mestilah lengkap dan terperinci tidak hanya melukis gambar rajah susunan radas tanpa huraian.
- Tulis senarai bahan kimia dan alat radas.
- Beri penekanan kepada cara membuat pemerhatian dan kemahiran proses.
6.4 Amalkan pembelajaran menyeluruh dan seimbang - iaitu dengan memberi tumpuan yang sama kepada semua bahagian dalam sukatan pelajaran kimia.
6.5 Lebihkan latihan bagi topik sebatian karbon dan hubungkaitkan alkana , alkena , alkohol , asid karboksilik dan ester.
6.6 Jangan terus melupakan tajuk-tajuk / bahagian yang banyak menghafal dan mengingat.
Perkara yang perlu dihafal ialah:
6.6.1 Jadual Berkala bagi unsur kumpulan 1,17 dan 18 serta kala 3.
6.6.2 Jadual cas ion
6.6.3 Siri elektrokimia /siri kereaktifan
6.6.4 Formula am siri homolog dan nama bagi 10 ahli pertama dalam setiap siri homolog.
6.6.5 Keterlarutan garam
6.6.6 Ujian kualitatif anion dan kation
6.6.7 Carta aliran penukaran etanol.
6.7 Bagi kertas 3
6.7.1 Fokuskan kepada cara membaca jam randik , buret dan termometer dengan tepat iaitu menguasai kemahiran mengukur dan menggunakan alat mengukur.
6.7.2 Menulis laporan eksperimen mengikut format yang bersistematik
6.7.3 Mengingat semua kemahiran proses sains.
6.7.4 Fokus kemahiran melukis graf dan membina jadual
SUMBER: Perfect Score Kimia SBP versi Bahasa Melayu. Untuk versi Bahasa Inggeris sila KLIK untuk download:
MODULE PERFECT SCORE SBP 2009(.pdf); MODULE
PERFECT SCORE SBP 2009 ANSWER SCHEME(.pdf); MODULE PERFECT SCORE SBP 2008 + ANSWER(.rar)