PROJECT 8: KAEDAH JIWANG

KATEGORI: KAEDAH MENGINGAT / TIPS UNTUK PELAJAR

TAJUK: KAEDAH JIWANG

BAB TERLIBAT: PENGOKSIDAAN & PENURUNAN (REDOKS)




PENGENALAN:

Biasanya pelajar agak sukar untuk mengingati agen pengoksidaan dan penurunan dalam tindak balas redoks Tiub-U. Apa pun semua masalah tentu ada penyelesaiannya...

Jika pelajar selalu membuat latihan untuk jenis soalan Tiub-U, rasanya masalah ini tidak akan timbul tetapi bagaimana pula mereka yang jarang-jarang?

Oleh itu, saya ingin berkongsi satu lagi kajian tindakan saya iaitu Kaedah JIWANG.

Bukanlah jiwang sebenarnya benda ni... Saja bagi nama...



MENGAPLIKASIKAN KAEDAH JIWANG:

Okay... Dalam imej pertama ini, disenaraikan semua agen pengoksidaan dan agen penurunan yang biasa digunakan dalam Eksperimen Pemindahan Elektron Dalam Satu Jarak (Electron Transfer In A Distance) termasuk perubahan warnanya sekali...

Imej 1: Senarai agen pengokisdaan dan penurunan yang selalu digunakan dan perubahan warna 

Jika dilihat memang pening kepala juga mau ingat... Tapi kita ada caranya... Lihat dibawah:


Imej 2: Menggantikan agen pengokisdaan dan penurunan menggunakan perkataan lain

Pastikan anda menulis kaedah ini mengikut nombor yang disertakan dalam imej 2 diatas seperti berikut:

Ra (Reducing agent)
Oa (Oxidizing agent)
Lukis Garisan ............ pas tu,
For (Iron(II) - For digunakan sempena Fe2+)
U (Tiub U)
Baby (Bromide ion)
I (Iodide ion)
Climb (Chlorine water)
High (Hydrogen - jarang digunakan)
Mountain (Manganate(VII) ion)
Cross (Dichromate(VI) ion
Bridges (Bromine water)
O (Oxidation)
I (Is)
L (Losing electron)
R (Reduction)
I (Is)
G (Gaining electron) 


Pastikan "U" ditulis besar untuk mewakili Tiub-U dibahagian tengah. Setiap perkataan tersebut mewakili setiap agen dalam imej 1.

Kaedah ini hanya akan berhasil apabila anda menggunakannya sekarang iaitu semasa membuat soalan redoks... Setelah dua atau tiga kali menggunakannya... Saya pasti masalah untuk menjawab soalan Tiub-U akan menjadi lebih mudah dan senang....

Mungkin juga susah... Sebab benda ni perlu "orang" untuk terangkan... Kalau setakat baca saja memang susah... Tapi kalau dapat memang cepat pick-up la ko ni...

Okay perhatikan bahawa semua yang berada di bawah Ra ialah Reducing Agent (Agen Penurunan) yang mengalami pengoksidaan. Dan itulah juga sebabnya kenapa kita perlu tulis OIL dbawah Ra.

Sama juga untuk Oa iaitu Oxidizing Agent (Agen Pengoksidaan) yang mengalami penurunan. RIG mesti ditulis dibawahnya.... Ada faham...

Harap-harap kaedah ini akan dapat membantu anda menyelesaikan soalan REDOX untuk Tiub-U... Untuk makluman, pelajar saya boleh menggunakan formula ini walaupun tidak 100%.

Semoga berjaya...




Oh ya... Untuk mengingat perubahan warna pula... buat masa ini masih tidak ada formula tambahan untuk melengkapkan kaedah JIWANG ini... Mungkin anda boleh memikirkannya... Sama-samalah kita memantapkan lagi kaedah ini untuk manfaat semua....

 

Make a free website with Yola