Kadang-kadang kita lalai semasa memandu. Bukan tidak sedar tapi ada benda lain yang sedang difikirkan. Atau memandu laju tanpa melihat kawasan sekitar. Kadang-kadang ada binatang akan melintas jalan atau orang melintas jalan atau kereta didepan akan membrek... Kita sepatutnya sedar akan perkara ini. Saya sendiri kadang-kadang akan terlupa benda ini semua tetapi saya masih bernasib baik.

Bukannya ingin menyalahkan orang yang mengalami kemalangan tetapi sekadar mengingatkan bahawa malang tidak berbau. Jadi bersedia setiap masa dan jangan terlalu megah di jalanraya. Jalanraya bukan tempat untuk menunjuk-nunjuk. Jalanraya adalah suatu bentuk perhubungan yang digunakan oleh ramai orang dan kita terpaksa menghormati cara orang lain membawa kereta. Cuma kalau memang "diaorang ini" tidak mematuhi peraturan, MAKI saja. Janganlah pula sampai tercabar dan kemudian mencabar.

Tengoklah gambar yang saya sempat tangkap pagi tadi (lebih kurang jam 6.45 pagi) di simpang masuk Rumah Merah dekat Kem Kukusan, Tawau. Entahlah siapa yang salah, yang pasti kedua-dua pihak rugi.


Jalanraya sesak dari arah Hilltop ke Bandar Tawau kerana perlanggaran ini!


Land Cruiser Hard Top yang dilanggar dari belakang.


Proton Iswara yang melanggar!!

CATATAN: Ingat! Sentiasa memandu berhemah di jalanraya!