Kek Birthday sempena Hari Jadi baru-baru ini.... Cuba tengok bilangan lilin, berapa tu? Setahun berlalu dengan pantas dan ianya pasti tidak disedari sekiranya terlalu banyak yang perlu dilakukan setiap hari. Biasalah... Semua orang pun sibuk.. Yang pasti umur akan meningkat...
Ramai yang suka umur meningkat ni terutama yang remaja... Tapi bagi mereka yang usianya sudah lanjut, biasanya diaorang ni mahu kekal pada umur sekarang. Apa pun, peningkatan umur bukanlah masalah besar... Yang penting, kita harus sedar dengan apa yang sudah kita capai setakat ini. Bagi saya, masih banyak yang perlu dilakukan dan tidak banyak masa yang boleh dibazirkan...
Yang paling utama, ialah keluarga. Isteri dan anak-anak, saya jadikan sebagai agenda utama dalam tindakan yang saya lakukan sebelum memberikan laluan kepada kerjaya yang pastinya boleh merencana masa depan yang lebih baik. Apa pun, nilai tambah untuk diri sendiri perlu ditingkatkan melalui pendidikan dan memberi pendidikan. Mungkin sesuatu yang lebih baik akan berlaku dengan penambahan nilai diri itu... Fikirkan...
Sekarang pun, saya sudah merancang untuk membuat beberapa projek... Hehehe.. Tujuannya? Untuk meningkatkan nilai diri dan ekonomi semasa (yang sekarang ini terganggu dengan keadaan politik dunia). Pastinya saya akan berkongsi tentang projek ini samaada berjaya atau tidak.... Yang penting kita mencuba!!
Shalom.....
CATATAN: Semoga semua "projek" yang cuba diusahakan pada tahun ini berhasil...