Monseigneur Fr Nicholos Ong

Majlis Fellowship untuk Ulang Tahun Ke-33 Penthabisan Kepaderian Monseigneur Fr Nicholos Ong telah berlangsung dalam majlis yang meriah di Dewan Paroki Holy Trinity Tawau selepas Misa Kudus Bahasa Malaysia. Seperti biasa, ramai umat yang turut serta sama ada membuat persembahan atau hanya hadir sebagai penonton.


Sabar dulu bah... Hehehe...


Hmm.. Jangan serius ba...


Ada perubahan rancangan ka ni?

Fr Nicholos atau lebih mesra dengan panggilan Fr Nick ditahbiskan sebagai Father semasa berumur 30 tahun. Dan sekarang, usianya sudah pun mencapai 63 tahun.


Memang banyak makanan yang disediakan kali ini...


Yang ni barisan yang satu lagi...

Banyak makanan disediakan dalam majlis ini... Berbeza dengan majlis sebelum ini. Apa pun, saya rasa semua orang memang berpuas hati dengan apa yang disediakan. Sambil menikmati makanan dan minuman, para hadirin dijamu dengan persembahan tarian kebudayaan dan nyanyian daripada BEC (Basic Ecclesial Communities) atau Komuniti Asas Gereja Holy Trinity Tawau. Best juga tengok persembahan diaorang ni... Tarian Poco-poco pun ada... Dari BEC Taman Semarak.


Tarian dari Komunti Indonesia...


Kiut pula budak kecil tu... Hehehe...


Persembahan tarian dan nyanyian dari kanak-kanak Sekolah Minggu Bahasa Cina


Persembahan Tarian Poco-Poco dari BEC Semarak


Persembahan Koir dari BEC Taman Melati

Beliau sempat berjenaka bahawa, "Encik Mario bilang bahawa sekiranya saya tidak menjadi father, saya akan menjadi millionaire tapi Mario silap... Sebenarnya saya akan menjadi singer... Hehehe.." Mungkinlah kann... Apa pun, terima kasih diucapkan kepada Fr Nick yang telah melayani gereja katolik selama 33 tahun dan semoga usaha ini diteruskan sehingga bila-bila masa....


Selamat ulang tahun... Fuhhh!!!!...


Potong kek dulu...


Sedap kek ni...


Fr Nick mendahului para tetamu VIP untuk menjamu selera...


Memang sah favorite Fr Nick ialah kari...

Website Fr Nicholos Ong: http://frnick.net/

CATATAN: Semoga panjang umur.. dan dimurahkan rezeki...