Pandangan dari arah belakang kejadian...

Kira-kira jam 4:00 petang hari ini, saya bergerak ke bandar Tawau... Macam biasa.. Ikut Jalan Utara.. Tapi yang bikin tidak best... Jalan "jam". Apa lah...

Baru dalam seminit berbaris dalam "jam"... Muncul pula trak Bomba. Walaupun tiada bunyi siren tapi nampaknya macam serius pula benda yang berlaku. Apa pun, saya ambil kamera untuk merakamkan kejadian yang berlaku.


Trak dan staff Bomba datang untuk memberikan bantuan..

Seperti yang dijangka.. Memang betul pula.. Lori pengangkut kayu terbalik... Besarnya ini lori.. Nasib baik bukan tengah jalan...


Rupanya lori pengangkut kayu terbalik...

Macam mana lori boleh terbalik pun saya agak musykil... Muatan banyak... Mesti berat. Kalau tengok kedudukan tayar, masih dalam lingkungan jalan raya. Mungkin terlebih muatan... Memang.. kalau mau dapat duit banyak... Ni kira kes TAMAK HALOBA la ni...


Tayar bahagian depan lori menutup separuh jalan ke arah bandar...


Apa benda yang tumpah atas jalan raya ni? Kalau minyak... Bahaya juga ni...


Terpaksa mengambil laluan di sebelah kanan untuk bergerak...

Apa pun, kes ni sampai malam... Entah sudah clear atau belum masa entri ni ditulis... Yang saya nampak paling last, ada tiga kereta tunda cuba menarik lori ni supaya "berdiri" semula.. Rasanya mau guna kren ni baru boleh...


Jalan terus "jam" sehingga jam 9:30 malam, semasa saya cuba melalui jalan yang sama untuk balik...


Jalan tertutup sepenuhnya dan beberapa anggota polis kelihatan disekitar kawasan kejadian untuk membantu mengawal lalu lintas dan keselamatan...

CATATAN: Harap-harap tiada yang maut... Besok harap sudah clear...