Dari kiri: Berdiri - Shamsuddin, Sabir, Aznan,Hillary, Suhairi, Arash, Khairul. Duduk - Kadir, Edward dan McManus. Tiada dalam gambar: Latief dan Kama (pemain yang dipinjam bah pula dua-dua ni...)
Sila download di sini: Teknik FC 20 Oct 2009

Rekod tanpa kalah Teknik FC lebur semalam apabila tewas kepada Pasukan Kilat FC, 1-2.


Barisan pemain Kilat FC yang rata-rata adalah pemain veteran.
Sila download di sini: Kilat FC 20 Oct 2009

Barisan Pemain Separuh Masa Pertama: Penyerang: Khairul, Aznan, Tengah: Hillary, Sabir, Rozaini, Suhairi, Pertahanan: Latief, Kama, Edward, Mcmanus.

Sebaik wisel permulaan dibunyikan, Teknik FC terus mengasak pasukan Kilat FC namun barisan tengah Kilat FC yang berpengalaman dapat mengawal serangan pihak tuan rumah. Permainan dikuasai oleh Kilat FC dalam separuh masa pertama yang menyaksikan Teknik FC hilang kawalan dibahagian tengah.

Teknik FC yang sekali sekala menyerang akhirnya mendahului pada minit ke-15 melalui Rozaini @ CRonaldo melalui hantaran Sabir Lansah.

Gol pertama jaringan Rozaini @ CRonaldo

Barisan pertahanan yang sedikit alpa, dihukum apabila Kilat FC menyamakan kedudukan, 5 minit sebelum rehat hasil tandukan Awang Wahid yang menyempurnakan hantaran lintang dari sebelah kiri Teknik FC. Kedudukan kekal hingga ke wisel penamat separuh masa pertama.

Barisan Pemain Separuh Masa Ke-2: Penyerang: Kadir, Aznan, Tengah: Hillary, McManus, Rozaini, Suhairi, Pertahanan: Arash, Edward, Kama, Shamsuddin.

Mengekalkan strategi 4-4-2 , Teknik FC menggunakan pendekatan yang berbeza diseparuh masa kedua. Perubahan kecil yang dilakukan ternyata membawa perubahan besar kepada corak permainan Teknik FC yang semakin banyak menguasai bola dibahagian tengah. Rozaini, McManus, Suhairi dan Hillary cuba mencorakkan gerakan berbahaya tetapi persefahaman antara kesemua pemain ini masih ditahap rendah. Kawalan dan hantaran yang kurang kemas juga mencacatkan serangan Teknik FC.

Hillary cuba melepasi pertahanan Kilat FC.

Kadir yang bermain sebagai penyerang utama di separuh masa ke-2, berjaya mengucar kacirkan pertahanan Kilat FC tetapi 2 peluang terbaik Kadir tepat kepada penjaga gol pihak lawan. Arash dan Rozaini turut melakukan satu percubaan namun ia juga tepat ke dakapan penjaga gol.

McManus dan Hillary masing-masing mempunyai satu peluang namun bola melepasi palang gol. 

Kilat FC yang cuba mengatasi benteng pertahanan Teknik FC akhirnya berjaya melepasi perangkap offside dimana Khairul menghadapi situasi one-by-one namun kecekapan Khairul menafikan gol untuk pasukan Kilat FC.

Akhirnya pada minit ke-50, gawang gol Teknik FC bolos lagi hasil lorongan bola yang mengelirukan Edward dan Arash yang menyaksikan Khairul digantung untuk gol ke-2 Pasukan Kilat FC.

Pasukan Teknik FC dihadiahkan sepakan penalti, 1 minit sebelum tamat permainan akibat kekasaran yang dilakukan ke atas Rozaini. Namun, sepakan Kadir tersasar ke sebelah kiri.


Walaupun mengalami kekalahan dalam perlawanan ini, Teknik FC telah menunjukkan persefahaman yang lebih baik dalam separuh masa ke-2. Ini menunjukkan bahawa pasukan bersedia untuk menghadapi lawan yang lebih kuat. Beberapa perkara perlu diberikan perhatian terutamanya hantaran yang tidak sampai kepada sasaran, persediaan mental dan teknik serangan yang berkesan. Keadaan ini jelas apabila hantaran dan larian yang dilakukan tidak mendapat sokongan menyebabkan gerakan yang cuba dirancang gagal.

Apapun pujian harus diberikan kepada barisan pertahanan yang dibarisi oleh McManus, Edward, Arash dan Shamsuddin yang bijak menggunakan kemahiran masing-masing untuk mengawal pasangan penyerang Kilat FC.

Gambar-gambar lain dalam perlawanan ini boleh diakses di Pahaikan's Album: Klik sini: Album Teknik FC vs Kilat FC - 20 Oct 2009

CATATAN: Liverpool sama Barcelona pun kalah juga... biasanya bakal pemenang ni kalah dulu bah... heheheheee...