Kegembiraan jelas terpampang diwajah para pemain Teknik FC selepas separuh masa pertama tamat... Keputusan separuh masa pertama: 4-1.
Barisan Pemain Separuh Masa Pertama: Penyerang: Khairul, Ghazali,
Tengah: Haindy, Derlan, Hillary, Azri,
Pertahanan: Azman, Zamri, Fadillah, Arash.
Menurunkan barisan pemain yang sedikit berbeza berbanding perlawanan sebelumnya, Teknik FC bermula garang mendahului 4-1 dalam separuh masa pertama. Azri dan Haindy yang bergerak sebagai pemain sayap banyak mengucar kacirkan pihak lawan. Satu gol dari Haindy tidak dikira kerana dikatakan offside walaupun dalam pengamatan penonton, ia suatu gol yang sepatutnya dikira.
Separuh masa kedua melihat tiga pemain digantikan iaitu Arash (Aznan), Azman (Zubir), Hillary (A. Fakhrurazi), Zamri (Suhairi).Perubahan Posisi dan Pemain Separuh Masa Kedua: Penyerang: Khairul, Ghazali,
Tengah: Haindy, A. Fakhrurazi, Azri, Suhairi,
Pertahanan: Zubir, Fadillah (Zamri), Derlan (Arash), Aznan.
Separuh masa kedua, pihak lawan dapat mengimbangi bahagian tengah Teknik FC dan menyerang sambil bertahan. Walau bagaimanapun, Teknik FC berjaya menambah satu lagi gol melalui Azri yang merembat kemas ke penjuru kiri gawang gol Geng Bola hasil hantaran lintang Haindy Sapikit.
Lebih dari sepuluh peluang disia-siakan dalam separuh masa ke-2, namun kemenangan besar 5-1 pastinya akan meningkatkan keyakinan para pemain dalam perlawanan yang akan datang.
Senarai penjaring: Haindy (2 gol), Azri (2 gol), Ghazali (1 gol) dan Khairul (1 gol).
Man of The Match: Haindy Sapikit (2 gol, 2 assist)CATATAN: Memang enjoy tengok banyak gol...