Haindy melakukan clearance ke kawasan lawan...

Pasukan Teknik FC turun sekali lagi semalam untuk bertemu dengan pasukan Geng Bas Sekolah FC. Kali ini, ramai guru yang turun untuk beraksi dan hasilnya Teknik FC menang dengan jaringan 4 -1.

Teknik FC mendahului 3 - 0 dalam separuh masa pertama hasil jaringan Khairul, Hazrim dan Rozaini @ Samdol.

Dalam separuh masa kedua, Edward dan Syed Kadir dikeluarkan untuk memberi ruang kepada Ghazali dan Derlan bagi memperkuatkan bahagian serangan. Pasukan Teknik FC terus menguasai permainan namun ketumpulan barisan penyerang menyebabkan kedudukan kekal 3 - 1.

Geng Bas Sekolah yang memperolehi beberapa peluang juga gagal mencari gol saguhati sehinggalah 15 minit sebelum tamat permainan apabila mereka diberikan sepakan percuma diluar kotak penalti. Pakar penendang percuma mereka melakukan tendangan yang tepat ke penjuru kiri gawang gol Teknik FC. Kedudukan berubah 3 - 1.

Teknik FC terus mengasak dan gol ke-4 diperolehi melalui Rozaini yang melakukan larian hasil hantaran tinggi Derlan, berjaya melepasi penjaga gol Geng Bas Sekolah sebelum menolak bola dengan kemas ke gawang gol pasukan Geng Bas Sekolah.


Arash terlepas peluang dihadapan gawang gol lawan...

Secara keseluruhannya, Teknik FC bermain lebih baik berbanding semalam. Apapun tahniah kepada Rozaini yang bermain dengan baik walaupun masih dibelenggu kecederaan pada lutut kiri.

CATATAN: Sabtu ada main lagi... Lawan Kalamazan FC