St Patrick Kindergarten Graduation Night 2009 sebenarnya adalah suatu majlis penghargaan untuk pelajar tadika 1 & 2 (yang menerima hadiah untuk pencapaian akademik). Selain itu, ia juga bertujuan untuk meraikan pelajar tadika 2 yang akan melanjutkan pelajaran ke Darjah 1 pada tahun hadapan.

Majlis yang bermula pada jam 7.30 malam ini menyaksikan sokongan yang tidak berbelah bagi para ibu bapa kepada anak mereka. Tempat yang dipilih untuk majlis ini, iaitu Dewan Gereja Anglican St Patrick Tawau kelihatan cukup kondusif dan mampu menampung bilangan tetamu dan pelajar yang hadir. Cahaya lampu cukup terang dan bantuan pancaran LCD cukup membantu mereka yang duduk agak jauh dari pentas.



Selepas acara penyampaian hadiah, persembahan @ konsert dimulakan. Semua kelas tadika 2 mempersembahkan persembahan tarian dan semuanya sungguh menarik. Pakaian yang dipakai memang kiut... Aisyehmen... Tahun depan Brennen pula menari macam ni... Hahahaa...



Lagu penutup untuk majlis ini ialah We Are The World dan semua pelajar dan guru menyanyi bersama-sama dipentas. Memang ramai yang berebut ambil gambar.. Nasib baik sempat juga menyisip...


Brennen bersama rakan sekelas (Rose Class), Rajveer.

Bagi saya sebagai pemerhati, majlis ini telahpun berjalan dengan cukup teratur. Mungkin ada kesilapan di sana sini tetapi ia langsung tidak mencacatkan perjalanan majlis tersebut.

CATATAN: Tahniah kepada yang menerima hadiah...