Gambar kenangan Speak Camp 2010

Speak Camp anjuran Holy Trinity Church Parish Youth Apostolate telah berlangsung dari 24 - 26 September 2010 yang lalu. Lebih kurang 200 peserta mengikuti kem ini yang kebanyakannya terdiri daripada golongan remaja yang berumur antara 15 - 25 tahun.

Speak Camp ini bermula dengan pendaftaran pada jam 4:00 petang hari Jumaat, 24 September 2010. Hampir kesemua peserta menginap di dalam kawasan gereja untuk program selama 3 hari ini. Kawasan penginapan mereka terdiri daripada Bilik Kelas di bawah Dewan Paroki HTC, Bilik Kelas di atas kantin gereja dan Bilik Tayangan Dewan Paroki HTC. Walaupun keadaan agak kurang selesa namun semua peserta agak berpuas hati dengan semua kemudahan yang disediakan.


Aturcara program Speak Camp 2010

Yuran penyertaan untuk program ini ialah sebanyak RM30.00 (Kalau tidak silap) dan T-shirt khas untuk Speak Camp ini dijual pada harga RM18.00.


Aik... Berhenti sekejap... Ambil gambar dulu...


Inilah suasana dalam Dewan Paroki semasa Sesi III berlangsung...


Rasanya pelajar Kolej Kejururawatan Tawau semuanya ni...


Hah... ini... pas tu ini... pas tu.. Tahniah kerana berani membuat penyampaian dihadapan semua peserta yang lain...


Tengok apa di atas tu??

Antara yang menarik dalam program ini ialah Sesi Bengkel I, II dan III dengan penyampaian hasil perbincangan, Social Nite dan Sesi Dialog bersama pemimpin gereja.


Para panel untuk Sesi Dialog


Father Nickolas Ong


Encik Mario Dominguez

Semasa sesi soal jawab, ada juga suara tidak puas hati tentang Malam Social Nite namun bagi pihak gereja semua itu merupakan pengaruh daripada persekitaran dan ianya tidak akan membawa ke arah perlakuan negatif dikalangan peserta.


Antara peserta yang mengemukakan pertanyaan dan membuat perkongsian...

Ada juga cadangan untuk mengadakan program seperti ini dua kali setahun.. (Yang ini kena rujuk takwim...)


Steven.. Apa ko tulis tu...? Tengok camera la...


Peace...

Kotak cadangan dan soalan juga disediakan kepada mereka yang tidak berani menyuarakan hasrat dan keraguan dalam hati...


Saya berkesempatan untuk mengunjungi kawasan Speak Camp ini selama beberapa jam dalam 2 hari iaitu Sabtu dan Ahad dan saya rasa program seperti ini pasti dapat membantu para peserta untuk meningkatkan keyakinan dan memotivasikan mereka untuk lebih berani menyuarakan pendapat masing-masing. Dan semua ini perlu disertai dan disulami dengan keimanan dan berkat dari Tuhan.

Tidak lupa kepada mereka yang bertungkus lumus menyiapkan makanan para peserta ini di kantin gereja. Terima kasih semuanya...


Posing baik punya...


Kasi lebih-lebih sikit... Kelaparan sudah diaorang tu... Hehehe...

CATATAN: Jumpa lagi...