Powerpoint Teknik Menjawab Kimia SPM Kertas 3 oleh Pahaikan.com

Akhirnya... Jabatan Sains & Matematik menutup tirai Minggu Teknik Menjawab SPM yang bermula sejak 11/07/2011 yang lalu dengan Panitia Kimia dan Panitia Matematik mengambil peluang sebagai kumpulan terakhir dalam senarai panjang panitia dan kursus yang membuat Seminar Teknik Menjawab.

Saya sendiri selaku Ketua Panitia Kimia SM Teknik Tawau membuat penampilan semula setelah 3 tahun tidak melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti seumpamanya.


Seminar dilakukan di Makmal Fizik untuk mengoptimumkan penggunaan sistem ICT yang ada...


Macam hampir sama pula gambar ni dengan yang diatas...

Dengan bersandarkan kepada pengalaman sebelum ini, Seminar Teknik Menjawab Kimia SPM untuk Kertas 3 menggunakan 2 set kertas SPM sebenar iaitu Set Kimia SPM Kertas 3 2009 dan Set Kimia SPM Kertas 3 2010. Beberapa teknik menjawab Kimia SPM kertas 3 telah berjaya dikongsikan melalui penyediaan handout dan powerpoint yang telah mengambil masa selama 4 hari.


Semangat sikit Kadir...


Janganlah malu-malu ambil gambar...

Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dalam seminar ini... Jumlah peserta dianggarkan seramai 82 orang namun 8 orang tidak hadir ke sekolah pada hari ini...

Semoga apa yang telah saya usahakan untuk para pelajar ini akan dapat dihargai, dikongsi dan diaplikasikan dalam peperiksaan sebenar.


Suka pula Cikgu Ana kacau budak-budak ni...

CATATAN: Tahun ini memang Pahaikan.com buat sebaik mungkin untuk meningkatkan pencapaian Kimia dalam SPM 2011... Caioo....