Adakah dengan mengibarkan bendera sahaja kita dikira menyambut Hari Malaysia?

Tarikh 16 September adalah tarikh untuk memperingati Pembentukan Kerajaan Malaysia yang dipersetujui melalui Laporan Suruhanjaya Cobbold. Antara yang mungkin menjadi kenangan manis buat pemimpin-pemimpin Sabah ketika ini ialah 20 Perkara, yang memungkinkan mereka untuk duduk satu meja dengan pemimpin dalam kerajaan pusat. Kalau difikirkan, sememangnya 20 Perkara (ulasan blog) adalah dokumen utama yang merealisasikan Perjanjian Malaysia. Adakah Perjanjian Malaysia boleh dibatalkan?

Selepas 49 tahun mengecap kebebasan dari penjajahan British, Sabah kekal dijajah dan kekal miskin. Limpahan kekayaan dari sumber asli negeri ini tidak diterjemahkan kepada pembangunan yang sepatutnya. Dulu, nama North Borneo sememangnya gah dalam Buku Sejarah Dunia namun selepas bertukar kepada nama Sabah, ianya terkubur... Dalam Buku Teks Sekolah lagi la...

Kalau tengok ulasan berita, keratan akhbar dan sumber online, Sabah berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi yang baik dalam beberapa tahun kebelakangan ini. TETAPI MASALAHNYA impak ekonomi itu tidak dirasai oleh rakyat Sabah yang tinggal di kampung dan luar bandar. Masalah pengangguran masih menjadi igauan ngeri kepada masa depan belia di Sabah. Kenapa peluang pekerjaan tidak bertambah walaupun banyak projek MEGA sedang berjalan? Tambah pula dengan isu PATI yang semakin teruk...


Gambar kenangan untuk Sambutan Hari Kemerdekaan...

Tema Hari Kemerdekaan tahun ini ialah JANJI DITEPATI telah pun diubahsuai semula oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan kepada JANJI DITEPATI, RAKYAT SEJAHTERA (Rujuk: http://www.rac.gov.my/eng/latest-news/janji-ditepati-rakyat-sejahtera-tema-hari-malaysia) untuk sambutan HARI MALAYSIA KE-49 di Bintulu, Sarawak. Kenapa perlu ubahsuai... Kenapa tidak buat yang baru...

Bagi saya secara peribadi, tema tersebut masih belum boleh dipakai sebab banyak lagi janji yang tidak ditepati... Janji yang paling UTAMA ialah Perjanjian Malaysia.

Mengimbas semula Perjanjian Malaysia, 49 tahun yang lalu, tajuknya ialah "The United Kingdom of Great Britain and Northen Ireland, The Federation of Malaya, North Borneo, Sarawak and Singapore". Jika kita mengambil contoh United Kingdom (UK), misalnya,  yang merupakan 'tempat asal' penjajah British yang menjajah kita sedikit masa dulu, maka  terdapat kewajaran untuk kita mengatakan bahawa model Persekutuan Malaysia sebenarnya diaspirasikan daripada pembentukan United Kingdom yang diwakili oleh England, Scotland dan Wales dengan Northern Ireland. Bermakna UK yang mengamalkan sistem pemerintahan Constitutional Monarchy mempunyai 4 wilayah utama dengan berpaksikan satu Raja iaitu Queen Elizabeth. Apa yang menariknya, keempat-empat wilayah ini mempunyai kuasa autonomi sendiri. Contoh mudah, semua wilayah ini mewakili negara masing-masing dalam Bola Sepak Piala Dunia tetapi semasa sukan Olimpik, mereka akan bersama dalam UK. (Sumber)

Melalui kewajaran seperti ini, Sabah sepatutnya berdiri sebagai sebuah negara dan bukan berstatus negeri. Daerah dalam Sabah sepatutnya diangkat menjadi negeri, contohnya Daerah Penampang menjadi Negeri Penampang. Sabah juga patut mempunyai Perdana Menteri sendiri, kawalan kewangan dan juga undang-undang sendiri. Fuhh... Hebatnya... Mungkin ini adalah antara agenda para pemimpin lama Sabah yang terdahulu tetapi tidak kesampaian kerana umur pendek...

Kalau dilihat dari segi kewangan, sebenarnya Sabah mempunyai dana yang cukup untuk mentadbir negaranya sendiri melalui pengurusan sumber asli dan cukai. Bagi saya, permintaan beberapa pihak untuk mengembalikan hak mutlak pemerintahan Negara Sabah adalah tepat pada masanya, selaras dengan Perjanjian Malaysia.

Status negeri sebenarnya telah membantutkan perkembangan minda dan sosioekonomi masyarakat Sabah. Dibiarkan pada tahap yang sangat rendah dan masih meneruskan kehidupan seperti datuk nenek moyang mereka berabad yang lalu. Terus mengharapkan belas ikhsan dari kerajaan persekutuan yang sudah lama mengamalkan polisi pemberian peruntukan berdasarkan populasi dan bukan keluasan kawasan. Perkara ini memang tidak akan berubah selamanya. Tetapi dengan pemerintahan sendiri, pembangunan akan lebih baik dan peruntukan akan dapat disalurkan dengan lebih banyak. Persoalannya, mampukah kita bersuara untuk meminta JANJI ini DITEPATI?

Yang pasti BATU SUMPAH PERINGATAN di Keningau, Sabah akan kekal berdiri untuk memperingatkan antara kandungan 20 Perkara yang telah diambilkira dan dipersetujui semasa Perjanjian Malaysia ditandatangani. [Tengok juga KISAH DISEBALIK BATU SUMPAH PERINGATAN KENINGAU.]


Batu Sumpah Peringatan di Pejabat Tanah Keningau, Sabah...

Tulisan dalam blog ini sangat membuka minda:
http://diari-alaminda.blogspot.com/2012/04/sabah-adalah-sebuah-negara-merdeka.html
http://www.sapp.org.my/misc/news/081218_sipaun.asp

CATATAN: Bersyukur dengan apa yang ada sekarang... Tetapi masih menunggu BORNEONISASI...