Ucapan perasmian dari Rev. Fr. Nickholas Ong.. Yang saya ingat itu "AVASI MONTOK DIAU"...

Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Gereja Holy Trinity Tawau 2011 bermula kira-kira jam 11:15 pagi dan dihadiri lebih kurang 1000 orang umat termasuk kanak-kanak.

Majlis ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi TUKAD, Encik Edward dan diikuti oleh ucapan dari Pengerusi Komuniti Paroki Gereja Holy Trinity Tawau, Encik Mario. Encik Mario sempat juga membaca skrip ucapan dalam bahasa Kadazan sambil bertanya... Ngam ka tu?.. Hehehe..., Bulih lah bah tu... Dan selepas itu, majlis dirasmikan melalui ucapan perasmian daripada Rev. Fr. Nickholas Ong. Fr. Nick pun tidak ketinggalan berbahasa kadazan... Hm..


Pengerusi TUKAD, Encik Edward


Pengerusi Komuniti Paroki Gereja Holy Trinity Tawau, Encik Mario

Selepas mendengar ucapan perasmian, majlis diteruskan dengan upacara MENGETAM 7 TANGKAI PADI dan MEMASUKKAN PADI KE DALAM TANGKOB sebelum PALUAN GONG sebanyak 7 kali. Biasanya, pesta kaamatan hanya mengambil 3 tangkai padi (atau berapa-berapa la..) dan uniknya 7 ini ialah, ianya merujuk kepada 7 SAKRAMENTUM dalam ajaran Kristian. Ya la.. Kan sambutan dalam gereja.. Selepas itu, majlis diteruskan dengan persembahan koir yang menyampaikan dua buah lagu iaitu Tadau Kaamatan dan yang satu lagi saya lupa pula....


Persembahan koir dari Team Belia Pelayanan Paroki


Memang semangat diorang ni menyanyi...

Dan, seperti tahun lepas.. Oleh kerana sambutan kali ini juga jatuh pada HARI IBU, satu acara selingan memotong kek sempena menyambut HARI IBU dilakukan bersama-sama oleh semua ibu-ibu yang hadir dalam majlis ini. SELAMAT HARI IBU..


Yang tidak sampai tu angkat tangan sajalah ya...


Iso... Duo... Tolu... Hehehe.. Potong lah itu kek..

Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan Acara Makan dimana makanan disediakan secara potluck yang memungkinkan hampir kesemua jenis makanan kadazandusun terhidang untuk sema yang hadir. Bah apa lagi.. Semua pun diminta... Tiada pengecualian.. Kecuali yang tidak sempat...


Para petugas makanan mengawal pengambilan makanan supaya semua orang mendapat peluang untuk menikmati makanan yang disediakan...


Bah... Pelan-pelan.. Kamiurang pun mau juga ni..


Pelan-pelan makan... Sambil berhibur..

Sambil makan, para hadirin disajikan dengan persembahan pancaragam dari SK Holy Trinity, persembahan tarian Mororobuat dari Team Belia TUKAD, persembahan tarian Igal-igal (Bajau Semporna) dari SM Konven St Ursula, tarian Pom-pom dari para bakal guru dari Maktab Perguruan Tawau dan tidak ketinggalan, persembahan Musik Bambu dari D'TUTUNIONS.


Tarian Magavau


Tarian Igal-igal


Tarian Pom-Pom


Musik Bambu dari D'TUTUNIONS


Memang mantap diaorang ni...

Dan, setiap tahun, veteren kita ni tidak pernah menghampakan.. Setiap tahun mesti nyanyi satu lagu... Terima kasih auntie..


Ada sidekick pula kali ni... Siapa nama adik kecil tu?

Dalam masa yang sama, Program Minm-minum pun bermula...Faham saja lah... Kan Kaamatan...


Bah singgarung dulu...


Macam kenal pula dua orang ni... Hehehe..

Lebih kurang jam 1:00 petang, acara kemuncak dimulakan iaitu acara Ratu Fesyen Kaamatan untuk kategori 12 - 15 tahun. Tahun lepas diaorang buat untuk kategori 4 - 12 tahun. Tahun ni nampak lebih sengit tapi berbanding tahun lepas, kali ini saya hanya sempat nampak pusingan pertama..


Soalan susah ka ni?


Macam konfiden saja ni... Cakap dusun pun bagus..


Barisan peserta Ratu Fesyen Kaamatan Peringkat Gereja Holy Trinity Tawau

Sedikit yang istimewa pada tahun ini ialah kehadiran penganut agama lain dalam pesta ini... Fr. Nick pun sangat gembira dengan kehadiran mereka yang turut memeriahkan majlis.... Tahniah kepada pihak penganjur dan jumpa lagi tahun depan...

CATATAN: Ada lagi yang lebih menarik lepas aktiviti di Dewan Paroki... Hehehe...