Selamat Hari Jadi SM Teknik Tawau...

SM Teknik Tawau kini, telah pun mencapai usia 30 tahun, selepas 18 pengetua dan pemangku pengetua bersilih ganti dari 1981 sehinga 2011. Sememangnya sekolah ini banyak mengalami transformasi dari sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Tawau sehinggalah kepada Sekolah Menengah Teknik Kluster Tawau. (Rujuk dalam laman web sekolah: http://www.pahaikan.com/blog/laman-web-rasmi-sm-teknik-tawau )

Majlis Sambutan Hari Jadi Sekolah ini bermula selepas waktu rehat dengan tetamu jemputan, Pengerusi PIBG SM Teknik Tawau, Encik Saman Bin Hj Ongki.


Barisan pentadbir sekolah bersama Pengerusi PIBG SM Teknik Tawau, Encik Saman Bin Hj Ongki (Tengah, ke-2 dari kanan)

Selepas nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah, majlis diteruskan oleh Slot Sejarah Sekolah oleh Cikgu Talip Marming. Memang banyak yang dikongsikan tentang perkembangan sekolah sejak beroperasi dalam slot ini. Waktu setengah jam yang diperuntukkan sememangnya tidak cukup untuk mencanangkan pencapaian dan kecemerlangan yang telah dicapai dalam tempoh 30 tahun, namun apa yang telah tunjukkan dalam slaid mungkin telah berjaya memberikan gambaran umum tentang kecemerlangan SM Teknik Tawau.


Cikgu Talip mengimbau kenangan silam....


Gambar dulu-dulu... Hampir 28 yang lalu...


Kalau tiada yang dulu...


Tiada yang sekarang ni...

Slot ini turut menawarkan 3 kupon SNEAK PLATE KFC untuk kategori pelajar lelaki, kategori pelajar perempuan dan kategori guru & KTBM. Berikut adalah antara pemenang yang sempat diambil gambarnya... Kategori guru & KTBM dimenangi oleh Cikgu Kholik Maming..


Adik silap mata... Lupa pula nama betul dia ni...


Aikk... Main tutup mata pula dia ni...


Yang ni tidak menang... Tahun depan cuba lagi la ya...

Dalam majlis ini juga, Pengetua Sekolah, Encik Johan Bin Okasa turut mengambil peluang untuk menyampaikan puisi bertajuk "Untukmu Muridku".


Pengetua menyampaikan puisi dengan penuh semangat...

Antara lain yang menarik dalam majlis ini ialah Pantun Teka Teki yang dikendalikan oleh Cikgu Idham Husin. Ada sepuluh pantun yang dijual dalam slot ini dan setiap jawapan yang betul dapat hadiah...


Cikgu Idham ni jual pantun ka apa ni...

Berikut adalah antara mereka yang berjaya menjawab pantun teka teki yang diberikan...


Em... Em... Aii.. Telupa lirik ka ni...


15 April hari jadi sekolah, Jawapan saya adalah APRON..... Betul!!!


15 April hari jadi sekolah, Jawapan saya adalah Cikgu Awang Jamain dan Cikgu Aishah Suhada


Tahniah... Anda menang...

Dan akhir sekali ialah Acara Memotong Pulut Kuning yang diketuai oleh Pengetua.


Pulut Kuning yang cantik, menarik .....

Selepas itu, majlis bersurai tetapi guru-guru, KTBM dan tetamu jemputan dijemput untuk menghadiri jamuan makan tengahari di Dataran Ilmu.


Macam kekenyangan korang ni....


Pelan-pelan ko tu Harun...


Aik.. makan la Kak Rahayu... Jangan malu-malu... Hehehe...



Dan disini disertakan gambar-gambar lain yang sempat dirakamkan semasa majlis ini berlangsung...

















CATATAN: Tahun ini, tiada pula cuti masa hari jadi sekolah... Harap-harap tahun depan ada cuti...