Kad Hari Jadi Khas buat guru-guru yang menyambut hari jadi mereka!!

Sambutan Hari Jadi Jabatan Sains & Matematik Kali Ke-3 2009 ini sebenarnya dijadualkan pada hari esok, 20 November 2009. Oleh kerana Mesyuarat Guru ditangguhkan ke hari esok, maka majlis ini dibawa ke hadapan. Majlis ini juga sepatutnya dilangsungkan di pekarangan Dataran Ilmu dipindahkan ke Bilik BMG 2 untuk mengelakkan bunyi bising yang boleh menggangu adik pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan SPM (Kertas Bahasa Inggeris 2).


Wajah-wajah mereka yang meraikan hari jadi dari bulan Jun - Disember

Kali ini, mereka yang diraikan ialah Sabas, Nizam, Rosley, Heatinorayu, Sariah dan Darawati. Tahniah kepada semua kerana bilang orang apabila usia bertambah kematangan dan pengalaman lebih banyak. 


Antara hidangan yang disajikan

Majlis dijalankan secara sederhana ini menampilkan Dewan Makan Asrama SM Teknik Tawau sebagai katerer. Antara hidangan yang disajikan ialah Ayam Goreng Nasi Ayam, Ikan Masak Masam Manis, Tempe Masak Lemak, Ikan Masin Masak Pedas, Puding Susu dan Kuih Lapis Keladi. Tidak ketinggalan dua biji kek perasa coklat untuk acara memotong kek.


Majlis ini bermula jam 11.45 pagi dengan Siti Aisyah mempengerusikan majlis. Setelah selesai penyampaian kad, bacaan doa makan dilakukan oleh Sabas. Setelah itu, acara memotong kek dilakukan dan kemudian makan... hehehee.. Memang kalau sudah sampai masa makan ni semua diam menikmati makanan... Yang kedengaran cuma bunyi mengunyah, bunyi sudu dan garpu. Apapun semua berjalan dengan baik dan majlis mula bersurai pada jam 12.30 tengahari.

CATATAN: Mungkin jamuan untuk merai keputusan SPM juga patut dibuat untuk menghargai usaha cikgu??