Antara pelajar yang menyertai rombongan ke majlis sambutan ini....

Majlis Sambutan Hari Bomba dan Penyelamat Sedunia Peringkat Balai Bomba dan Penyelamat Cawangan Tawau telah berlangsung dari jam 7:30 pagi hingga jam 3:30 petang pada 27 Mei 2010. Walaupun tidak dihadiri oleh mana-mana orang kenamaan.. Sambutan tetap meriah dan pastinya setiap pengunjung yang datang mempunyai kenangan manis untuk dikongsikan bersama.

SM Teknik Tawau turut memeriahkan majlis ini dengan menghantar seramai 20 orang pelajar Vokasional dan ERT diiringi oleh Cikgu Arash Japar.


Antara peralatan ahli bomba untuk memotong kenderaan yang mengalami kemalangan teruk..

Pada sebelah pagi, kebanyakan program yang dirancang adalah untuk pelajar Tadika, Sekolah Rendah dan Bomba Sukarela. Tetapi selepas demontrasi "Repelling" dan penyampaian hadiah untuk pelajar Tadika, aktiviti ahli Bomba bersama orang awam dimulakan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Mencucuk benang dalam jarum, Menahan belon dengan kepala dan Mencari pasangan dengan mata tertutup.

Walau bagaimanapun, aktiviti Terjun Bebas tidak dapat dilakukan kerana ada masalah dengan "air-cushion".


Aktiviti menahan belon dengan kepala sambil menari... Siapa yang belonnya jatuh dikira kalah...


Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Balai, Encik Albert Jiran.


Tahniah kepada semua yang berjaya mendapat hadiah dalam majlis sambutan ini...

Saya turut dimaklumkan bahawa, SM Teknik Tawau berjaya mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan Kawad Hos Perempuan. Tahniah...

Klik untuk: Album Hari Bomba 2010

CATATAN: Tahun depan harap-harap "Air-cushion" tiada masalah...