Antara tetamu yang hadir dalam Majlis Rumah Terbuka Pengetua SM Teknik Tawau, Encik Johan Okasa

Saya tiba di rumah pengetua kira-kira jam 3:30 petang. Saya kira agak lewat kerana rasanya majlis bermula seawal jam 10.30 pagi. Apa pun, ketibaan saya dengan Brennen disambut dengan mesra dari Encik Johan dan keluarga, walaupun kelihatan agak penat.

Masa itu, Guru Saip, Beliau Sairin dan Supiansiah tengah duduk bersembang dengan pengetua dan tetamu yang lain.

Encik Johan turut memaklumkan bahawa dalam 15 minit sebelumnya, para penolong kanan dan guru-guru lain baru juga berangkat pulang. Kira lambat sikitlah... Kalau tidak dapat juga ambil gambar ramai-ramai...


Gambar kenangan Encik Johan Okasa dan keluarga bersama Encik Saip dan keluarga dan Brennen..

Menu masakan yang saya rasa paling best... Hehehe... ialah daging dengan kuah sate. Memang sedap... Tapi kena beringat... Kolesterol tinggi ni...

Sekali lagi... Terima kasih diucapkan kepada Encik Johan Okasa dan keluarga yang sudi menjemput warga Teknik Tawau untuk memeriahkan Majlis Rumah Terbuka di kediamannya...

CATATAN: Hari Raya kan sebulan.... Hehehehhee