Ramai peminat di EXTRAVADANCE ni...

Fun Fair from UK ini memang selalu datang ke Tawau. Rasanya ramai yang tulis entri pasal fun fair ni. Apa pun, saja mau tulis di sini pasal tiada benda yang dibuat masa cuti Hari Raya ni... Balik kampung pun tidak dapat... Nasib la..

Kalau tidak silap Fun Fair from UK ni datang ke Tawau dalam 1 - 2 kali setahun. Mungkin bergantung kepada sambutan. Dan biasanya diaorang akan buka selama lebih kurang sebulan. Rasanya, saya tidak pernah miss kalau ada fun fair ni... Paling kurang mesti pergi 2 kali... Kalau lebih memang banyak duit la yang mengalir...

Apa yang ada? Permainan untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Kepada yang rasa stress atau tertekan (bukan yang "keterlaluan")... Mungkin ini antara tempat pilihan untuk "bermain" dan mengurangkan tekanan... Bawa keluarga sekali...


Bagus dia ni menari... Cuma oleh kerana...


Dia seorang saja yang menari... Nampak macam sudah penat selepas empat round...

Permainan yang ditawarkan kepada pengunjung pun kira best... Selain daripada EXTRAVADANCE, ada Permainan Roller Coaster, Ferris Wheel, Rumah Hantu dan lain-lain yang saya tidak tau apa namanya...


Apa nama benda ni pun saya tidak ingat...


Tapi bila berpusing... Teriaklah puas-puas...

Dan, yang paling ramai orang mau naik ialah benda ni...


Pun berpusing-pusing juga ni...


Siap sedia... Mula sudah ni...


Pusing 360 darjah....


Lepas tu... Di biar lagi di atas... Terbalik... Fuhhh...

Apa pun permainan diatas tidak sesuai untuk kanak-kanak... Sebab tempat duduknya hanya sesuai untuk orang dewasa... Nanti jatuh susah pula kita... Yang budak kecik bagi diorang main Mary Go Round, Tramp dan lain-lain yang lebih sesuai...


Best ka...


Pegang kuat-kuat... Nanti jatuh...

Ngam-ngam ada pula seorang badut dalam fun fair ni... Badut panjang... Hehehe... Sempat juga diorang Brennen ambil gambar...


Em... Macam gelap pula ni...


Ramai juga peminat badut ni...

Teringat pula CIRCUS from LONDON masa 80-an dulu. Sekarang tiada sudah rasanya... Kalau mau tengok persembahan binatang, kena pergi Zoo. Itu pun tiada aksi yang ekstrem, tiada lompat-lompat di kabel dan tiada badut naik basikal satu roda....

CATATAN: Kalau ada pameran benda-benda misteri pun best juga...