Cikgu Ahmad Fakhrurazi memberikan taklimat ringkas tentang peraturan semasa majlis konvokesyen nanti..

Raptai Konvokesyen Kali Ke-11 dilakukan di Dewan Tun Ahmad Shah ini adalah dibawah kendalian penyelaras, Cikgu Idham Hussin. Program yang dijangka bermula pada jam 2:30 petang ini bermula lewat 1/2 jam kerana menunggu kehadiran para graduan. Apa pun, program ini berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang.


Begini ya.. Sebelum ambil sijil kena tunduk sekali..


Lepas tu, jangan lupa ucap terima kasih...

Program persediaan ini memang dibuat setiap tahun untuk mempersiapkan pelajar tentang perjalanan majlis dan cara penerimaan sijil. Ini bukan sahaja dapat melicinkan perjalanan majlis tetapi juga dapat menjimatkan masa.


Syahnan tengah meng"adjust" angle yang best untuk mengambil gambar semasa konvo nanti..


Hah... Dengar baik-baik..


Sempat posing lagi ya...


Senyum kambing pula si Wan..


Uii.. Ini lagi best... Siap pakai spek mata hitam lagi..


Ya... peace untuk semua...


Macam kurang semangat pula yang sebelah sini..


Banyak stail rambut diorang ni...

Apa pun... Ucapan tahniah sekali lagi kepada semua orang atas usaha yang telah ditunjukkan dalam program ini terutamanya kepada semua Ahli Jawatankuasa Majlis Konvokesyen 2011 dan para graduan SPM 2010 yang bakal menerima sijil mereka dalam Majlis Konvokesyen Kali Ke-11 nanti...

CATATAN: Macam best pula.. Pun mau konvo lagi la.... Bila la ada masa ni..??