Poster promosi Hari Perkhidmatan Katering di Blok Vokasional

Hari Perkhidmatan Katering SM Teknik Tawau yang diadakan secara bersendirian oleh Bengkel Katering SM Teknik Tawau buat pertama kalinya ini ternyata mendapat sambutan yang agak menggalakkan. Hidangan yang disediakan ialah Chicken Chop, Fruit Cocktail dan Orange Sunquick pada harga RM6.90 untuk hidangan saiz kecil dan RM13.90 untuk hidangan saiz besar.


Notis Hari Perkhidmatan Katering SM Teknik Tawau di Blok Teknikal

Walau bagaimanapun, saya tidak berkesempatan untuk menempah hidangan tersebut kerana masa tempahan ditutup pada pagi, 29/09/2010.

Menurut maklumat yang saya terima, sebanyak 80 set hidangan telah ditempah walaupun Bengkel Katering menyasarkan sebanyak 300 set. Walau bagaimanapun, Bengkel Katering pastinya telah berjaya meraih sedikit keuntungan pada hari tersebut.

Tahniah sekali lagi kepada Bengkel Katering... Semoga usaha seperti ini akan dapat diteruskan dan dapat ditingkatkan untuk memberikan pengalaman berharga buat pelajar yang bakal menyusuri kehidupan sebagai bekas pelajar Katering SM Teknik Tawau....

CATATAN: Lain kali kena tempah awal...