Ceramah Motivasi bertajuk PERMATA TERBILANG oleh penceramah jemputan

Program PERMATA TERBILANG untuk Tingkatan 5 kendalian Unit Bimbingan & Kaunseling ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 24 - 25/02/2011. Program yang bertujuan untuk menerapkan Kemahiran "Smart Learning" ini bermula dengan Taklimat Ringkas Program oleh Cikgu Norliza Zakaria dan diteruskan dengan Slot SMART LEARNING 1 oleh Cikgu Nordayana Muhammad.

Program ini menampilkan 3 slot untuk SMART LEARNING, 2 slot untuk Taklimat Unit Peperiksaan & Sistem Merit, 2 slot untuk Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan 1 slot untuk Ceramah Motivasi. Dua penceramah jemputan telah dijemput untuk mengisi antara slot tersebut iaitu Encik Lakarani Bin Lamadiangi dan Puan Hajah Safiah Binti Junggang.


Penceramah jemputan, Cikgu Lakarani Bin Lamadiangi

Walaupun program ini telah mencantas masa p&p saya untuk Tingkatan 5 tetapi saya amat berharap agar pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan yang didapati sepanjang program ini dalam kehidupan seharian. Dan pastinya, kilauan PERMATA yang dijanjikan akan bercahaya dengan terang dan terus menerangi masa depan para pelajar...


Serius nampak semuanya ni...


Seronok korang ya...


Hm.. Beginilah yang bagus... Buat catatan...


Aahaa.. Apa tu..??


Aikk.. Yang ni mendengar ka tidak ni...??

CATATAN: Semoga "PERMATA" yang digilap akan bercahaya dengan terang nanti...