Banner Program OutReach Peringkat Kebangsaan 2011

Program OUTREACH Peringkat Kebangsaan 2011 diteruskan lagi selepas Siri Jelajah Zon Selatan (6-10 Julai 2011) dan Zon Utara (21-24 Julai 2011). Program untuk Zon Sabah ini akan berlangsung di Eastern Plaza, Tawau pada 8-11 September 2011, Zon Sarawak akan menyusul pada 17-19 September 2011 di Wisma Senayan.

Bertemakan ‘Pendidikan Vokasional Pilihan Utama’ ,hasrat BPTV khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia amnya adalah untuk mengubah persepsi umum berkaitan pendidikan vokasional sebagai pilihan pendidikan kelas kedua. Sehubungan itu, masyarakat dapat melihat sendiri bagaimana pendidikan vokasional dapat membentuk masyarakat pelajar yang kreatif dan inovatif dan dapat mengaplikasikan kemahiran untuk digunakan dalam pasaran terbuka.

Pada tahun ini, BPTV mengambil inisiatif untuk menghimpunkan warga pendidik yang terdiri daripada pegawai-pegawai Unit Teknik dan Vokasional di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah, pengetua-pengetua dan kaunselor-kaunselor sekolah menengah harian dalam satu seminar.

Sumber:
Seminar Dan Pameran Outreach Kebangsaan 2011 Bagi Kemasukan Ke SMT/V 2012: http://www.moe.gov.my/bptv/index.php?option=com_content&view=article&id=832%3Aseminar-dan-pameran-outreach-kebangsaan-2011-bagi-kemasukan-ke-smtv-2012&catid=148%3Aberitapengumuman&Itemid=427&lang=bm
EXPO OutReach Kebangsaan BPTV (Zon Sarawak) Tahun 2011: http://binaanbangunanvokbet.blogspot.com/2011/08/ekspo-outreach-kebangsaan-bptv-zon.html

Bacaan lain:
Pameran OutReach Dagang di BP Mall: http://bptv.edu.my/smtpjb/index.php?option=com_content&view=article&id=76:pameran-outreach-dagang-di-bp-mall&catid=8:aktiviti
Program OutReach BPTV Zon Selatan: http://renniz.blogspot.com/2011/07/program-outreach-bptv-zon-selatan.html

CATATAN: Jom pergi ramai-ramai...