Tag Hijau, Kuning dan Merah...

Program 5S SM Vokasional Tawau telahpun bermula sejak 07/02/2012, sejurus selepas majlis pelancaran yang disempurnakan oleh pengetua, Encik Johan Okasa. Setelah aktiviti seperti Ceramah Kesedaran 5S & Bengkel 5S dijalankan, tibalah pula fasa pertama dan ke-2 yang dijalankan secara gotong royong dan saya rasa proses ini akan diteruskan sehingga ke minggu depan.

Perjalanan saya pada hari ini merangkumi kelas dan bengkel bagi Blok Vokasional dan sedikit di Blok ERT. Saya bermula di Kelas 4 EE lebih kurang jam 8:00 pagi dan berakhir di Bengkel SK lebih kurang jam 1:00 petang. Fuhh!! Penat juga rasanya walaupun kerja ambik gambar saja... Apa pun, program gotong royong ini sekurang-kurangnya dapat melaksanakan fasa pertama iaitu SISIH & SUSUN walapun hanya sekitar 70% buat masa ini. Saya yakin dan percaya, dengan kerjasama guru, pelajar dan juga AKS, SM Vokasional Tawau akan dapat mencapai objektif 5S menjelang hari penilaian dalam pertengahan bulan Mac nanti.. Cayoo... Cayoo...


Ini barulah... Satu-satunya kelas yang dicuci... Kelas 5 KFL...


Aik... Macam ragu-ragu saja mau membuang tu...


Gulung... Jangan tak gulung...


Mau juga bergaya si Mahir ni di Stor Bengkel ABM...


Bilik Penyelaras Asrama...


Aikk.. Flat pun 5S juga ya...


Buku SPBT pindah ke mana ni??


Aikk... Sempat landing juga..??


Bah... Sapu bersih-bersih...


Bilik stor yang tersusun di Bengkel Seni Kecantikan...


Macam mana mau 5S ini tangki tinggi ni...??


Susun meja ka Cikgu Lawrensa...


Wah.. Ini bilik Penolong Kanan HEM ni...


Pelajar membantu menyusun semula fail dalam bilik HEM

CATATAN: Macam saya ada lupa sesuatu ni... Tapi apa ya??