Gambar kenangan sebelum program di Dewan Tun Ahmad Shah bermula....

Program Sehari Advokasi Perkeso dengan kerjasama NIOSH dan Sekolah Menengah Vokasional Tawau ini telah berlangsung di Dewan Tun Ahmad Shah semalam. Program ini telah dirasmikan oleh Yg Bhg. Tan Sri Lee Lee Lam Thye, Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH). Turut hadir dalam program ini ialah Pengarah PERKESO Negeri Sabah, Puan Hajah Mariam Haji Hasan dan Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Herdiansyah Abdul Karim.


Tan Sri Lee Lam Thye mengabadikan nama di dalam Buku Pelawat Sekolah...


Berjabat tangan dengan Cikgu Azman diperkarangan Dewan Tun Ahmad Shah...


Korset dulu... Pegawai PERKESO Tawau memasang korset di dada Tan Sri...


Ucapan perasmian majlis daripada Tan Sri Lee Lam Thye...


Memang bersemangat Tan Sri berucap dalam majlis ini...

Program yang bertujuan untuk mempromosikan kesedaran keselamatan di tempat kerja terutamanya pencegahan kemalangan turut cuba untuk menerapkan kesedaran memelihara nyawa serta kesihatan. “Program seperti ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kos rawatan, pampasan, kehilangan produktiviti, ketidakhadiran bekerja, kerosakan harta benda, perkhidmatan kesihatan masa depan, hilang upaya dan lain-lain,’’ ulas Tan Sri semasa dalam sidang media.


Sidang Media di Restoran Perdana SM Vokasional Tawau...


Begini.... Mungkin itulah yang dikatakan oleh Tan Sri semasa menjawab soalan dari pihak media...

Sesungguhnya, SM Vokasional Tawau sangat bertuah kerana menjadi sekolah pertama di Negeri Sabah yang dijadikan tempat untuk melangsungkan program seumpamanya. Walaupun pengisian program ini lebih kepada mereka yang sudah bekerja tetapi, sasaran utama program advokasi ini adalah pelajar sekolah yang akan melangkah ke alam pekerjaan. Program Advokasi Perkeso ini merangkumi 4 ceramah dari NIOSH, PERKESO, JKJR dan Jabatan Bomba & Penyelamat (beserta demontrasi memadam kebakaran).


Wakil penceramah dari PERKESO...


Dapat jawab soalan... Dapat hadiah...


Aikkk... Yang ini bukan penceramah... Salah seorang peserta, Adik Hamidah Abd Razak dari Kursus 5 Seni Kecantikan...


Yang ini pun bukan penceramah... Hehehe... Yang ini Cikgu Syahir bah... Tengok kening tu...


Wakil penceramah dari JKJR Negeri Sabah...


Terpaksa pakai healer sebab tiada bekalan elektrik masa ni...


Wakil penceramah Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau, Encik Awang Jamry Lamsin...


Sekarang jam berapa sudah ni... Hehehe...


Wakil peserta perempuan yang membuat demontrasi memadam api...


Wakil peserta lelaki... Senang saja bah ni...

Pautan akhbar mengenai program ini boleh dirujuk disini:
http://www.bernama.com.my/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=664531
http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/58572
http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/58567

CATATAN: Tahniah JKKP SM Vokasional Tawau....