Encik Edward Binti di iringi oleh Pengetua, Encik Johan Hj Okasa ke Bilik BMG 1...

SM Vokasional Tawau menerima kunjungan dari Pegawai MPC, Encik Edward Binti [Malaysian Productivity Corporation: http://www.mpc.gov.my/home/index.php] untuk tujuan Pra Audit bagi Pensijilan 5S.

SM Vokasional Tawau yang bakal diaudit pada 05/04/2012 nanti, kini sedang dalam persediaan ke arah memperolehi markah purata 75% ke atas untuk ditauliahkan sijil tersebut. 5 zon utama masing-masing telah memerah tenaga guru dan pelajar untuk tujuan pra audit ini.


Di Bengkel Automotif bersama Ketua Bengkel, Cikgu Hashim Lahiban...


Di Bengkel Elektronik


Dalam stor Bengkel Kimpalan & Fabrikasi Logam (KFL)


Dalam Bilik Guru Bengkel KFL...


Berhenti rehat seketika untuk menikmati makan tengahari di Dewan Makan...

Melalui pemerhatian dan penelitian Encik Edward Binti, beliau menyimpulkan bahawa SM Vokasional Tawau berada pada landasan yang tepat untuk pensijilan tersebut tetapi masih banyak ruang untuk penambahbaikan. Pengauditan sebenar pastinya akan lebih "cerewet" berbanding pra audit.


Encik Edward menyampaikan kesimpulan pra audit kepada para guru..


Cenderahati kenangan buat Encik Edward sebagai tanda ingatan tulus ikhlas dari SM Vokasional Tawau...

Apa pun, tahniah kepada semua guru dan pelajar kerana mendapat komen yang baik pada pra audit ini.


Adakah ini suatu kejayaan???....

CATATAN: Rasanya ramai juga guru yang sudah mengeluarkan duit sendiri untuk tujuan 5S ini... Apa pendapat pentadbir..??