Pandangan dari luar Dewan Masyarakat Tawau PIKOM PC Fair berakhir lebih kurang jam 9:30 malam semalam setelah 3 hari pameran berlangsung. Dewan Masyarakat Tawau tidak putus-putus menerima kunjungan dan macam biasa, hari terakhir semalam merupakan hari yang paling sibuk. Lagi pun, harga barangan mula diturunkan sehingga 50% daripada harga asal.
Syarikat-syarikat telekomunikasi turut memperagakan broadband masing-masing pada harga istimewa khas untuk pameran PIKOM sahaja.
DIGI.. Mempromosikan telefon HTC dengan kemudahan internet (broadband) pada harga kontrak.. Booth juga kelihatan lebih menarik dan lebih warna warni dengan pakaian promoter yang seragam. Dan antara yang menarik ialah Lap Top Acer Icona yang menggunakan keyboard "touch-screen". Memang Umphh.. Tapi harga RM3899.00. Memang kali ini tiada peluang la mau rembat..
Apa pun, ada juga yang akhirnya dapat dibeli. Sistem broadband 4G dari RedTone iaitu WiMAX. Ada dua package - Flexi50 dan Flexi88. Saya ambil package Flexi50. Kiranya mau try dululah.. dan setakat ni memang puas hati berbanding DIGI dan MAXIS. Kalau ada rezeki... Tukar pi Flexi88. Senang sikit upload gambar masuk album Pahaikan. Pas tu dapat satu Pen Drive RedTone 4GB percuma. Kalau ambil masa bukan pameran, tiada pen drive free ni...
Modem WiMAX tanpa sim card..
Secara keseluruhannya, PIKOM di Tawau kali ini lebih ceria dengan kualiti barangan yang lebih baik berbanding tahun lepas. Tahun lepas memang rasa kecewa sebab banyak barangan China yang masuk... Murah tapi kualiti tiada...
(http://www.pahaikan.com/blog/pameran-pikom-pc-fair-tiada-yang-istimewa-07-09-05-2010-). Tahun ni memang lebih puas hati dan kalau boleh, yang promosi broadband tu dikumpulkan setempat supaya senang sikit cari barang...
CATATAN: Terima kasih PIKOM... Sampai jumpa lagi tahun depan...