Fuhh!! Akhirnya sijil yang dinantikan telahpun disampaikan semalam semasa Pesta Tri Tunggal di Dewan Paroki Holy Trinity Tawau. Kegembiraan semua orang dapat dirasakan dan ini menambahkan lagi semangat semua orang untuk berada bersama dengan komuniti Kristian di Tawau ini.


Biasanya saya akan menulis dalam bahasa Inggeris tapi.. kali ini menjadi satu pengecualian.


Pesta Tri Tunggal @ Holy Trinity Feast dirayakan diseluruh dunia oleh semua penganut agama Kristian Roman Katolik. Perayaan yang dirayakan tiap-tiap tahun ini menjadi istimewa pada kali ini dengan kehadiran Uskup Julius Gitom dari Diosis Sandakan.


Uskup Julius Gitom

Sebaik saya mengambil tempat duduk di dalam gereja kelmarin, Mr Danny terus bertanya “Kau ada tie kah?” Saya jawab ada. “Ok! Pakai tie kau dan nanti join untuk hantar persembahan ke altar. Hehehehe…Terkejut tapi tetap menjalankan tugas, saya pakai saja lah saya punya tie. Semasa upacara penghantaran persembahan dilakukan, saya sebenarnya berasa relax tapi selepas balik ke tempat duduk, hati terus bergoncang. Sejuk juga rupanya aku… Heheheh.. Apalah!


Eii... bergaya juga diorang ni!!


Ni pun sama juga.. tidak mau ketinggalan!

Selepas Misa Kudus tamat, semua orang bergerak ke Dewan Paroki Holy Trinity untuk perayaan pesta. Pesta Tri Tunggal bermula kira-kira jam 11.20 pagi. Dimulakan dengan ucapan dari Pengerusi Komuniti Holy Trinity, En. Mario (kalau saya tidak salahlah.. kalau salah tolong betulkan!). Kemudian ucapan dari Fr Nicholas Ong dan ucapan dari Uskup Julius Gitom. Ucapan mereka banyak tertumpu kepada KKD atau BEC yang telah bermula sejak Feb 2008. Yang penting umat Kristian terus bersatu dan mengelakkan semua permasalahan yang melibatkan salah laku moral dan jenayah.

Potong kek lepas tu makan!!


Rajin pula ini bakal nurse kita membantu...

Selepas makan, persembahan dimulakan. Persembahan pertama ialah persembahan nyanyian dari RCIA dengan penampilan "malaikat". Hehehe.. ini persembahan agak kaku tetapi oklah rasanya. Kemudian beberapa persembahan menyusul selepas itu. Persembahan yang bagus rasanya adalah dari KKD Semarak dan juga Montaj dari Persatuan Belia Holy Trinity. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Inilah adik-adik "malaikat".


Persembahan dari TUKAD

Selepas itu, Saudara Nikolas dijemput untuk menyatakan kesaksiannya. Hm… Perkongsian yang agak umum tetapi bagus.

Saudara Nick dengan penuh serius!

Majlis berakhir dengan penyampaian sijil dan saya mewakili IKD 2008/09 naik ke pentas untuk menerima sijil dari Uskup Julius Gitom. Majlis bersurai dengan doa penutup lebih kurang jam 1.00 petang.

Baru saya perasan.. gemuk betul pula sudah saya ni!! Grrr...


Sempat juga bergambar bersama Uskup Julisu Gitom dan Fr Nickholas Ong sebelum balik..

Secara keseluruhannya, majlis berjalan dengan penuh kesederhanaan, penuh kegembiraan dan yang penting penuh dengan cinta kasih. Kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.. Terima kasih saya ucapkan.

(Kualiti gambar kurang baik kerana guna handphone saja.. Lupa beli bateri kamera bah!)