Jo Carlyn mendahului perarakan Pesta Santo Nino de Cebu ke Dewan Paroki Gereja Holy Trinity Tawau

Tit... Tit... Ada SMS... Rupanya dari Geng SOCCOM Photographers Holy Trinity Tawau, Bos Jerome Lim. "SOCCOM Photographers: Tomorrow Santo Nino Celebration... Mass at 11am then to dewan till 3 pm". Begitulah bunyi sms yang sampai. Jadi faham-faham sajalah... Kena bawa kamera pergi gereja untuk event ini. Lagi pun ini untuk koleksi SOCCOM.

Oleh kerana saya kena berada lama di gereja, jadi saya tidak join Misa Bahasa Melayu seperti biasa tapi join misa jam 11.00 pagi. Hmm.. Sememangnya Misa Special untuk Santo Nino de Cebu Fiesta ini menggunakan 60% Bahasa Tagalog.. Memang kadang-kadang jadi binggung juga la... Hehehehe...

Secara ringkasnya, perayaan ini adalah perayaan yang diraikan oleh para penganut Roman Katolik berbangsa Philipines yang bermula sekitar 1521. Maklumat lanjut di sini: http://en.wikipedia.org/wiki/Santo_Nino_de_Cebu. Ianya diraikan pada hari Ahad minggu ke-3 dalam bulan Januari.


Segak bergaya para pengusung patung Santo Nino ni ya.. Pakaian Barong Tagalog..


Leading dancer...  Itu topi memang bergaya... Hehehe...

Apa yang berlaku semasa pesta ini?... Macam biasa, makan dan persembahan. Apa pun tahniah dan terima kasih kepada Komuniti Filipino yang berjaya mengendalikan pesta ini dengan baik. Jadi... Tahun depan jumpa lagi lah ya...


Perarakan tiba di depan dewan...


Macam kepanasan saja ni... ya ka..??


Apa yang korang tengah bincang ni father?


Hm... Pelan-pelan bah...


Meja khas untuk para senior citizen...


Susah untuk pilih makanan??


Batang babae... Korang tau ka apa maksudnya ni..??


Para penari cilik yang menunggu giliran untuk membuat persembahan....


Persembahan mantap... Siap ada penari lagii...


Juara pertandingan nyanyian... Persembahan UNPLUGGED lagii...


Persembahan tarian tradisional orang Filipino...


Bagus diaorang menari ni...


Juara pertandingan bola keranjang yang diadakan seminggu sebelum pesta ini...


Persembahan koir daripada para ibu-ibu dan bapa-bapa...


Persembahan koir penutup...


Bacaan doa penutup oleh Father David Garaman...

Gambar yang lain sudah diupload di Tawau SOCCOM Photographers Group dalam Facebook.com...

CATATAN: Ramainya orang yang datang....