Kawasan pentas utama untuk persembahan dan pertandingan di bahagian tengah lobi Eastern Plaza Tawau

Pesta Kaamatan Daerah Tawau 2011 berlangsung dalam keadaan yang agak meriah dengan lokasi pesta dilangsungkan dipindahkan dari tempat biasa di Dewan Masyarakat Tawau ke Eastern Plaza Tawau. Menurut maklumat yang saya terima, pihak Eastern Plaza telah meminta pihak Majlis Perbandaran Tawau (MPT) untuk mengadakan sambutan Pesta Kaamatan di dalam Eastern Plaza sempena menyambut Ulang Tahun Eastern Plaza yang ke-2. Apa pun, saya harap tahun depan lokasi asal akan digunakan.


Beginilah pandangan dari atas.. Di Tingkat 2..


Kawasan tempat duduk penuh... Tapi bilangan tempat duduk sikit...


Beginilah kalau tengok dari atas.. Terpaksa berdiri dan tunduk ke bawah..

Mengikut tentatif majlis ini, YB Pang Yuk Ming, Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur merangkap ADUN N. 58 Merotai dijangka merasmikan majlis ini pada jam 3:00 petang. Saya bukan dapat tunggu sampai jam 3:00 petang sebab kena jaga budak-budak di rumah. Kalau bawa diorang... Memang penatlah jadinya..


Pengacara yang cuba menggunakan beberapa jenis bahasa tempatan semasa mengendalikan majlis.... Boleh tahan juga la..

Semasa kami sampai ke sini, majlis sedang diserikan dengan persembahan tarian etnik-etnik di kawasan Tawau termasuklah tarian Timur. Best juga tengok persembahan diorang ni.. Tapi macam biasalah.. Tiap tahun pun ada cuma, guna stail dan lagu yang berbeza... Lepas tu macam biasa, D'TUTUNIONS pun buat persembahan. Kalau masa Sambutan Kaamatan di Gereja Holy Trinity, diaorang bawa 3 lagu... Di sini diaorang bawa 5 lagu termasuk rentak cha-cha dan joget...


D'TUTUNIONS menggunakan beberapa alat musik bambu tambahan berbanding sebelumnya...


Yang dua ni import dari mana? ...

Selepas itu, Pertandingan Sugandoi Kaamatan Peringkat Daerah Tawau dimulakan.  Peserta pertama... Bila dia buka mulut, sah macam Hain Jasli. Yang kedua pun okay juga tapi macam kurang yakin.. Ada 7 peserta untuk peringkat akhir selepas melalui saringan yang terdiri daripada 28 peserta... Bagus-bagus peserta peringkat akhir ni.. Tidak tau la siapa yang menang...


Peserta pertama pertandingan sugandoi


Peserta ke-2 sugandoi...


Para pengadil Pertandingan Sugandoi..

Pertandingan Unduk Ngadau bermula kira-kira jam 3:30 petang, sejurus selepas ucapan perasmian. Apa pun, langsung tidak dapat tengok pasal balik rumah lebih kurang jam 1:30 petang... Hmmm...

Tapi ada satu kelainan dalam Pesta Kamaatan Daerah Tawau kali ini iaitu Pertandingan Foto Unduk Ngadau anjuran Mustwin Venture Sdn. Bhd dengan kerjasama Tawaubloggers Unity (Syarat pertandingan). Memang ini betul-betul jarang... (Sebelum ni diaorang bikin di Pesta Kaamatan Kg. Tass, Tawau)...

Pertandingan terbahagi kepada 3 kategori iaitu Kategori Kamera DSLR, Kategori Kamera Compact dan Kategori Kamera Telefon Bimbit. Dikhabarkan bahawa sekitar 140 orang jurugambar menyertai pertandingan ini dalam semua kategori.


Dan, macam kenal pula ni... Ikut kategori apa ko Man?

Kepada yang mau tengok para peserta dan pemenang Unduk Ngadau Tawau, bolehlah mengklik: http://www.facebook.com/tawaurian. ADD & klik butang LIKE untuk menikmati gambar-gambar yang diambil semasa Pertandingan Unduk Ngadau Peringkat Daerah Tawau.

CATATAN: Macam susah mau enjoy pertandingan sebab terpaksa berdiri...