SM Vokasional Tawau dinobatkan sebagai Juara bagi Kategori Sekolah Menengah...

Pertandingan Membina Istana Pasir berlangsung pada hari ini dengan 21 pasukan berentap dalam kategori masing-masing. Untuk kategori sekolah menengah, hanya 8 pasukan yang bersaing untuk hadiah utama yang berupa piala, sijil, pingat dan wang RM300.00.

Pertandingan yang diadakan kali ke-14 ini adalah anjuran Persatuan Belia Hakka Tawau dengan kerjasama Majlis Perbandaran Tawau (MPT).


Suasana pertandingan...


Boleh tahan juga ini sotong kurita....


Ini penyu pun ada unsur yang menarik...


Pasukan dari Sunday Hash...

SM Vokasional Tawau yang telah 7 kali menang dalam pertandingan yang sama sebelum ini turun selaku juara bertahan dalam kategori sekolah menengah untuk mempertahankan kejuaraan. Ternyata, karya kreatif dalam bentuk pasir yang diilhamkan oleh Cikgu Supiansiah berjaya mendapat tempat pertama. Seramai 7 orang pelajar terlibat dalam pertandingan kali ini bersama dengan Cikgu Helmi yang telah pun menyatakan hasrat untuk menyertai pertandingan ini pada tahun hadapan dengan pasukan yang berlainan.


Karya yang diilhamkan oleh Cikgu Supiansiah...


Konsep underwater yang simbolik...

Tahniah kepada semua pelajar dan guru yang terlibat... Pastinya kemenangan ini akan berjaya mendorong semangat para pelajar untuk terus berkarya, tidak semestinya dalam bentuk istana pasir tetapi dalam bentuk penulisan dan sebagainya.


Gambar kenangan bersama karya dan piala kemenangan....

Tempat ke-2 dan tempat ke-3 bagi kategori yang sama, dibolot oleh SMK Kuhara yang menghantar 2 pasukan, A dan B.

Tahniah juga diucapkan kepada Persatuan Hakka Tawau yang cuba untuk meletakkan semula nama Pantai Tinagat di bibir masyarakat disekitar Tawau...


Kebersihan tetap dijaga...

Gambar lain semasa pertandingan berlangsung boleh dilihat disini: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.496433407033412.120350.100000002726077&type=1

CATATAN: Nasib baik hujan tidak turun.....