Pertandingan Kemahiran Integrasi Kadet Pertahanan Awam Peringkat Zon Tenggara - 20/07/2010
Posted by pahaikan on Wednesday, July 21, 2010 Under: Teknik Tawau

Encik Veae Sarima bersama pegawai JPAM, selaku tetamu VIP dalam Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Kemahiran Integrasi Kadet Pertahanan Awam Peringkat Zon Tenggara 2010
Pertandingan yang bermula kira-kira jam 7:30 pagi ini berakhir kira-kira jam 3:45 petang. Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Kemahiran Integrasi Kadet Pertahanan Awam Peringkat Zon Tenggara 2010 yang merangkap Peringkat Negeri ini disempurnakan oleh Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Tawau, Encik Veae Sarima.

Senarai sekolah yang mengikuti pertandingan kali ini...
Sebanyak 9 buah sekolah menyertai pertandingan kali ini berbanding lima buah sekolah pada tahun lepas. Pertandingan tahun ini nampak lebih sengit tetapi tuan rumah telah membuat persiapan sebulan lebih awal.
Keputusan Pertandingan:
Kategori Kawad Kaki

Pertama: SM Teknik Tawau
Kedua: SMK Merotai
Ketiga: SMK Kinabutan
Komandan Terbaik: SM Teknik Tawau
Kategori Kawad Kaki

Pertama: SM Teknik Tawau
Kedua: SMK Merotai
Ketiga: SMK Kinabutan
Komandan Terbaik: SM Teknik Tawau
Kategori Melawan Kebakaran

Pertama: SMK Umas-umas
Kedua: SM Teknik Tawau
Ketiga: SMK Balung
Ketua Operasi Melawan Kebakaran Terbaik: SM Teknik Tawau
Kategori Rawatan Awal

Pertama: SM Teknik Tawau
Kedua: SMK Jambatan Putih
Ketiga: SMK Umas-umas
Ketua Operasi Rawatan Awal Terbaik: SM Teknik Tawau
Kategori Menyelamat

Pertama: SM Teknik Tawau
Kedua: SMK Balung
Ketiga: SMK Paris
Ketua Operasi Menyelamat Terbaik: SMK Umas-umas
Johan Keseluruhan: SM Teknik Tawau

Tahniah kepada Cikgu Norhayati Amir, Cikgu Azly Salihin dan Cikgu Arif Rahima serta semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pertandingan kali ini...

Cuba teka siapa yang sedang mengambil gambar?
INFO PERTANDINGAN:
- Seminggu yang lepas, SM Teknik Tawau mula didatangi oleh para peserta pertandingan untuk tujuan latihan pusat setelah SM Teknik Tawau bersetuju untuk dijadikan pusat latihan bagi pertandingan ini.
- Persiapan tapak pertandingan disediakan oleh para pelajar dan guru serta bantuan pegawai JPAM Cawangan Tawau.
- 3 buah sekolah daripada Daerah Lahad Datu menarik 1 minggu sebelum pertandingan. Puncanya masih tidak dapat dipastikan...
- SMK Paris tiba di SM Teknik Tawau, 4 hari sebelum hari pertandingan pada 16 Julai 2010 dan menginap di asrama SM Teknik Tawau.

Ahli KAPA SM Teknik Tawau sedang mengangkat pondok VIP untuk kegunaan semasa Majlis Penutupan..
Gambar sepanjang pertandingan boleh dilihat dalam album...
CATATAN: Tidak dapat pinjam khemah pula... Tak pa la...
In : Teknik Tawau
Tags: kapa 2010
blog comments powered by Disqus