Pertandingan Catur Peringkat Daerah Tawau ini adalah anjuran SMK Merotai dan tuan rumah adalah SM Teknik Tawau. Pertandingan telah berlangsung selama 3 hari dari 20 - 22 Januari 2010. Suasana hari pertama pertandingan agak riuh dengan kehadiran ramai peserta dari sekolah sekitar Daerah Tawau.



Secara amnya, catur adalah suatu permainan mental yang dimainkan oleh dua orang. Pecatur adalah orang yang memainkan catur, baik dalam pertandingan satu lawan satu maupun satu melawan banyak orang (dalam keadaan informal). Sebelum bertanding, pecatur akan memilih biji catur yang akan ia mainkan. Terdapat dua warna yang membedakan bidak atau biji catur, yaitu hitam  dan putih. Pemegang buah putih memulai langkah pertama, yang selanjutnya diikuti oleh pemegang buah hitam secara bergantian sampai permainan selesai.


Antara peserta pertandingan yang tidak sabar untuk bertanding...

Terdapat 4 kategori yang dipertandingkan dalam pertandingan ini iaitu: Kategori Lelaki Bawah 15 tahun, Kategori Perempuan Bawah 15 tahun, Kategori Lelaki Bawah 18 tahun dan Kategori Perempuan Bawah 18 tahun. Hampir setiap sekolah di Daerah Tawau menghantar wakil untuk pertandingan ini dan jumlah peserta mencecah 200 orang.


Urusetia yang mengendalikan pertandingan pada hari tersebut. Kelihatan Cikgu Siri sedang memerhatikan pergerakan dan persediaan pihak penganjur pertandingan.

Walaupun tiada maklumat tentang pemenang pertandingan, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta terutamanya kepada semua pemenang. Tidak lupa kepada pihak penganjur dan tuan rumah yang banyak bersusah payah untuk memastikan pertandingan berjalan dengan lancar....

CATATAN: Kata chess dalam bahasa Inggeris diambil dari bahasa Persia shah.