Antara peserta perkhemahan kali ini... SM Vokasional Tawau menjadi tuan rumah sekali lagi untuk Perkhemahan Renjer Puteri Sekolah Menengah Peringkat Daerah Tawau dan, macam biasa, Padang ERT menjadi tapak perkhemahan pilihan untuk mereka.
Perkhemahan ini bermula pada 10 Mac dan berakhir pada 13 Mac 2012. Saya tidak pasti pula berapa banyak sekolah yang terlibat, tapi macam lebih 10 buah sekolah.
Aktiviti mengambil gambar binatang dan tumbuhan...Taklimat ringkas sebelum memulakan aktiviti... Apa pun, tahniah diucapkan kepada pihak penganjur yang telah menjayakan perkhemahan ini. Semoga semua ilmu dan pengalaman manis semasa perkhemahan ini akan menjadi sebahagian daripada panduan dalam perjalanan hidup para peserta....
Perkhemahan kali ini agak bernasib baik kerana hujan tidak terlalu lebat...Bendera dikibarkan untuk membezakan Kem A dan Kem B...Woiit... Ini promosi ikan apa ni, Cikgu Nurcahaya..?? Gambar lain semasa perkhemahan ini boleh dilihat di:
http://www.facebook.com/pages/Persatuan-Pandu-Puteri-Kolej-Vokasional-Tawau/247678678649174?sk=wallCATATAN: Macam masak dalam bengkel Katering saja ni... Ya ka..??