Antara pelajar yang mengikuti program perkhemahan ini

Perkhemahan Peringkat Dalaman Unit Pengakap SM Teknik Tawau telah berlangsung dengan jayanya pada 26 & 27/02/2011. Seramai 50 orang pelajar telah mengikuti program ini.

Antara yang menarik dalam perkhemahan ini ialah kursus orienteering dan ikatan. Dan, kalau tidak silap diaorang ni macam tidak tidur semalaman... Tahlah apa diorang bikin...


Pondok urusetia yang telah didirikan khas untuk tapak perkhemahan ini..


Ni khemah perempuan ka lelaki ni?


Bikin apa ni...?? "Kami korek lubang cikgu... Mana tau jumpa emas.. Hehehe... Harga emas terus melambung sekarang ni..."


Macam tidak pandai ikat saja tu..


Timbunan kayu untuk bekalan mendirikan khemah dan unggun api...

Tapak perkhemahan yang telah digajetkan ini adalah dibawah kendalian Ketua Unit Beruniform, Encik Buareng Rahima yang turut bersama menjayakan perkhemahan ini. Mungkin dari segi kemudahan, tapak perkhemahan ini masih memerlukan perhatian yang lebih manakala dari segi keselamatan pula, ianya agak selamat sebab terlindung oleh barisan pagar besi yang mengelilingi sekolah.


Tandas rasmi tapak perkhemahan ini...


INGAT!! Untuk buang air kecil sahaja!!! Sebab susah mau dapat air...


Angkat air pun dari jauh... Nanti bekalan air paip untuk tapak perkhemahan perlu difikirkan..

Saya tidak berkesempatan untuk mengikuti perkembangan perkhemahan ini kerana terikat dengan tugas lain diluar. Apa pun, sekalung ucapan tahniah buat semua yang terlibat dalam perkhemahan ini...

CATATAN: Memang proaktif unit pengakap ni.... Ingat.. Kalau lambat buat aktiviti, nanti kehabisan duit...