Inilah antara makanan yang perlu disediakan sekiranya anda mengikuti perkhemahan ini...Perkhemahan yang bermula pada jam 3:00 petang 07/05/2010 ini telah berakhir pada jam 9:30 pagi 09/05/2010 selepas sesi ceramah terakhir yang bertajuk Pengurusan Masa oleh Cikgu Khairul Nuzaiham.
Program perkhemahan dibawah pengawasan guru penasihat Kelab Pencinta Alam iaitu Cikgu Buareng Rahima ini disertai oleh 25 orang ahli kelab (lelaki dan perempuan). Guru-guru lain yang turut membantu dalam program ini ialah Cikgu Muslihadir, Cikgu Mohamad Yamalang dan Cikgu Yusuf Md Nor.
Khemah utama yang menempatkan urusetia dan tempat ceramah dijalankan...Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan ini ialah iktihar hidup, orienteering, ceramah dan mendirikan khemah.
Papan di simpan diatas pokok pada ketinggian 25 kaki dari tanah.. Apa nama aktiviti ini? Bila saya tanya dimana tempat mandi.. Pelajar menjawab di asrama.. Kira okay la sebab kemudahan seperti ini memang susah dicari dalam kawasan sekolah kecuali di asrama. Terima kasih kepada asrama yang turut membantu menjayakan program ini...
Para peserta mendirikan khemah masing-masing.. Semasa saya berada disini, para pelajar sedang mendirikan khemah masing-masing untuk tidur pada waktu malam. Khemah yang didirikan perlu disiapkan sebelum hujan turun dan pada hari sebelumnya, hujan telah turun dengan agak lebat yang menyebabkan kawasan berdekatan khemah utama basah dan ditakungi air.
Semoga apa yang dipelajari semasa program ini akan diaplikasikan dalam kehidupan seharian...
CATATAN: Aktiviti yang sangat baik...