Tetamu Kehormat menerima Tabik Hormat daripada Kawalan Kehormat...

Perkhemahan  Unit Beruniform KRS, NGO & GO Peringkat Daerah Tawau 2010 telah berakhir kelmarin dalam suasanaa yang agak meriah berbanding tahun sebelumnya. Bermula dengan penerimaan Tabik Hormat daripada Kawalan Kehormat, majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil Pegawai Pelajaran Daerah Tawau iaitu Encik Vaea Sarima dari Unit Perkembangan dan Pembangunan Kemanusiaan PPD Tawau. Ucapan perasmian Majlis Penutupan yang saya kira agak mantap dari Encik Vaea telah sedikit sebanyak menghidupkan suasana serta meningkatkan semangat para peserta yang berbaris dibawah terik matahari dalam majlis penutupan tersebut.


Ucapan ringkas tetapi mantap daripada Encik Vaea..

Selepas ucapan, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah, sijil dan cenderamata kepada para peserta dan pegawai yang terlibat. Apa yang menariknya disini, Encik Vaea sempat menunjukkan cara untuk menerima hadiah dengan betul kepada semua peserta. Terima kasih kepada Encik Vaea...


Majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Pengetua SMK Jalan Apas, En. Yeo Ten Men dan Encik Vaea Sarima, wakil Pegawai Pelajaran Daerah Tawau.

Tahniah juga kepada semua 571 orang peserta daripada 17 buah sekolah menengah dalam Daerah Tawau yang terlibat dalam perkhemahan ini. Sekolah-sekolah tersebut ialah SM Islamiah, SM Konven St. Ursula, SMK Wakuba, SMK Titingan, SMK Abaka, SMK Pasir Putih, SMK Tawau, SMK Umas-umas, SM Teknik Tawau, SMK Jalan Apas, SMK Kuhara, SM St. Patrick, SMK Kinabutan, SMK Merotai Besar, SMK Holy Trinity, SMK Kabota dan SMK Balung.


Antara peserta perkhemahan... Kiri Atas: SMK Jambatan Putih, Kiri Bawah: SMK Titingan, Kanan Atas: SM Konven St. Ursula, Kanan Tengah: SMK Merotai Besar, Kanan Bawah: SM St Patrick

Tiga hari dua malam berada di Kem Kemahiran Tiku, Tawau ini pasti akan meninggalkan kenangan manis buat semua peserta perkhemahan.


Gambar atas: Pemandangan semasa perkhemahan berlangsung dan gambar bawah: Pemandangan semasa peserta mengemaskan khemah mereka..

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang perkhemahan ini ialah Ice Breaking, Tali Temali (Ikatan), Pertolongan Cemas, Iktihar Hidup, Orienteering (Kompas), Pertandingan Khemah/Gajet Terbaik dan Pertandingan Malam Warisan Budaya. 


Kiri: Gajet SMK Umas-umas yang memenangi tempat pertama Pertandingan Gajet Terbaik, Kanan: Berpuas hati ditempat ke-2, SMK Jalan Apas...

Walau bagaimanapun, terdapat satu perkara yang agak mendukacitakan semasa perkhemahan ini iaitu penghantaran makanan yang tidak menepati masa. Masa makan peserta dari SM Teknik Tawau telahpun ditetapkan untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam. Tetapi makanan tetap lewat dihantar hingga hampir 2 jam... Kesian... Apabila ditanya... Alasan tidak logik pula diberikan.... Terpaksalah peserta makan maggi untuk menahan lapar... 


Salah seorang guru yang terpaksa makan maggi untuk menahan lapar akibat kelewatan penghantaran makanan...

Apapun tahniah kepada semua peserta dari SM Teknik Tawau yang tabah mengharungi segala dugaan sepanjang berada di tapak perkhemahan... Yang paling penting tiada yang tercedera...

Gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang perkhemahan 2010 ini boleh diambil di sini: Perkhemahan KRS 2010
Gambar pada tahun lalu (2009) boleh dilihat disini: Perkhemahan KRS 2009

CATATAN: Yang kurang baik harus dimantapkan...