Barisan Guru Penasihat PPIM SM Teknik Tawau, Cikgu Kasmah Baharon, Cikgu Heatinorayu Md Nor dan Ustazah Azizah

Warna MERAH JAMBU akhirnya mewarnai tapak perkhemahan SM Teknik Tawau apabila Persatuan Puteri Islam Malaysia SM Teknik Tawau berjaya menganjurkan Program Perkhemahan Gabungan Persatuan Puteri Islam Malaysia Peringkat Daerah Tawau bersama dengan peserta dari SM Konven St Ursula. Perkhemahan yang digelar KEM PUTERI AKTIF ini berlangsung selama dua hari satu malam ini, membariskan beberapa aktiviti lazim perkhemahan termasuk kursus kawad kaki di SMK Balung pada hari ke-2.


Unggun api sentiasa dipasang untuk memberikan kehangatan...

Dalam perancangan program, sepatutnya 4 buah sekolah menyertai perkhemahan ini, namun masalah pertindihan program menyebabkan 2 buah sekolah lain yang turut dijemput tidak dapat menghantar peserta.


Cikgu Mohamad Yamalang bertugas sebagai jurulatih Asas Ikatan dalam perkhemahan ini


Nurul Atiqah mencuba jenis ikatan yang baru dipelajari..


Yang lain tengok dulu.. Hehehe..


Memang semangat tinggi diaorang ni...

Seramai 34 peserta mengesahkan penyertaan mereka, masing-masing 14 peserta dari SM Teknik Tawau dan 20 peserta dari SM Konven St Ursula, dengan 6 guru pengiring. Program yang mendapat sokongan penuh dari pihak sekolah ini dibantu 4 jurulatih khas SM Teknik Tawau untuk aktiviti Iktihar Hidup (Muslihadir Mase), Orienteering (Buareng Rahima), Asas Ikatan (Mohammad Yamalang) dan Kuliah Wajib (Ustaz Khusairi).


Cikgu Buareng & Cikgu Eddy (Umas-umas)


Sambil bercerita, minum kopi "O" dulu...

NYAMUK sememangnya menjadi teman setia sepanjang perkhemahan berlangsung (derma darah free...). Apa pun, pengalaman yang diperolehi sepanjang perkhemahan ini pastinya akan menjadi bualan sepanjang hayat... Tahniah kepada semua peserta yang terlibat...


Memang bagus si Hisham (kanan) ni... Rajin membantu Cikgu Buareng... Hehehe..


Hmm... Tidak ketinggalan untuk bergaya juga ya..


Ada juga yang tulis nota...


Ada juga yang bergelimpangan... Hahaha...


Lepas Slot Ikatan, peserta dibagi ruang untuk minum malam sebelum masuk tidur...


Memang sejuk kalau tidur begini....


Tak payah malu-malu...


Tengok diorang ni... Happy... Hehehe..

CATATAN: Suka juga warna merah jambu ni kadang-kadang..