Kain Banting Perkhemahan Gabungan Unit Beruniform Peringkat Daerah Tawau 2011

Perkhemahan Gabungan Unit Beruniform NGO Peringkat Daerah Tawau yang telah berlangsung selama 3 hari dua malam ini telah diadakan di Padang Serbaguna SM St Patrick Tawau dari 05 hingga 07 Mac 2011 yang lalu. Perkhemahan ini adalah kelolaan Pejabat Pelajaran Daerah Tawau dan SM St Patrick Tawau dengan mensasarkan 5 objektif utama iaitu:
  • Membentuk jati diri dan semangat setia kawan dalam kalangan peserta serta peluang untuk memahami diri sendiri dan orang lain ke arah perkembangan diri yang positif
  • Menanam semangat patriotism atau cintakan Negara
  • Membina disiplin dan ketahanan diri
  • Meningkatkan semangat berdikari dan yakin diri bahawa mereka berpotensi menjadi individu dan pemimpin yang cemerlang.
  • Memupuk dan membina daya kepimpinan serta kemahiran diri untuk mengendalikan aktiviti seharian yang seimbang bagi mencapai kecemerlangan diri dari aspek jasmani, emosi, rohani dan mental.
Selaku AJK Logistik dalam perkhemahan ini, saya telah pun menyiapkan tugas seperti yang dirancang dengan bantuan Cikgu Buareng. Walaubagaimanapun, SM Teknik Tawau terpaksa menarik diri kerana semua pelajar SM Teknik Tawau bakal menghadapi Ujian Berpusat 1 pada 08 Mac 2011 (Hari selepas perkhemahan). Sebenarnya, barisan pentadbir dan barisan guru penasihat SM Teknik Tawau risau sekiranya niat mengikuti perkhemahan diteruskan juga, sekolah bakal menghadapi masalah kehadiran dan pencapaian pelajar dalam ujian berpusat nanti... Faham-faham sajalah kalau budak Teknik Tawau ni.. Perkhemahan macam ni pun boleh jadi alasan apabila tidak berjaya mendapat markah yang baik dalam ujian.

Saya sempat turun untuk melihat tapak perkhemahan pada hari ke-2, iaitu selepas hujan turun dengan lebat pada malam 05/03/2011 dan melihat sendiri keadaan di Padang SM St Patrick. Mengikut pemerhatian saya, Padang SM St Patrick memang tidak sesuai untuk menjalankan program perkhemahan kerana air mudah bertakung dan lambat kering. Mungkin ini disebabkan oleh sistem perparitan yang kurang efisien dan sekiranya program seumpama ini ingin dibuat juga dikawasan ini, sistem perparitan ini perlu diperbaiki supaya suasana perkhemahan tidak terlalu terganggu dengan kitaran alam seperti hujan.


Keadaan tapak perkhemahan kawasan blok akademik SM St Patrick Tawau


Keadaan di padang. Ada juga khemah yang terpaksa dipindahkan ke atas gelanggang bola tampar..


Tapak khemah untuk perempuan... Hilang pula khemahnya..


Khemah urusetia... Agak selesa dan tidak basah kerana terletak diatas gelanggang bola keranjang...


Yang ni korek gigi kah? Korek hidung kah? Atau?...


Para peserta terpaksa berpindah ke Astaka di tepi padang yang sememangnya lebih kering dan supaya tidak kehujanan.. Kesian juga la..

Walaupun keadaan tapak perkhemahan tidak seperti yang diharapkan, aktiviti yang telah dirancang diteruskan seperti biasa tetapi tempat aktiviti terpaksa diubah dari kawasan padang ke kawasan luar dan dalam Dewan SM St Patrick.


Lupa pula nama aktiviti ni...


Aktiviti ikatan, Cikgu Rasidy yang membelakangkan kamera sedang memerhatikan ikatan yang dibuat oleh salah seorang peserta.

INFO LAIN:
  • Sebelum program ini dilaksanakan, dua sesi mesyuarat telah diadakan ditempat yang sama oleh tuan rumah (penganjur) iaitu SM St Patrick Tawau.

Mesyuarat Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Menengah Peringkat Daerah Tawau kali ke-2 diadakan di Bilik Mesyuarat SM St Patrick, Tawau


Pengerusi Mesyuarat, Cikgu Hairuddin dari SM St Patrick, disebelah kirinya ialah Cikgu Johari Johan, Pengerusi Teknik Perkhemahan Sekolah Menengah Daerah Tawau

CATATAN: Pengalaman pertama pihak penganjur memang akan ada kelemahan.... Nanti yang seterusnya okay lah tu...