Gambar kenangan selepas majlis perasmian penutupan......

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SM Teknik Tawau 2011 menutup tirai pada hari ini dalam Majlis Perasmian Penutupan yang agak sederhana. Program perkhemahan yang telah berjalan sepanjang 3 hari 2 malam ini diharungi dengan penuh tabah dan disulami dengan beberapa aktiviti yang menarik.

Program yang bermula pada 28/10/2011 ini membuka kaunter pendaftaran lebih kurang jam 7:00 pagi. Kelemahan proses komunikasi antara penyelaras (saya la tu...) dan barisan urusetia menyebabkan proses pendaftaran terpaksa dibantu oleh guru penasihat Unit Pengakap. Apa pun... Terima kasih kerana bertindak proaktif.


Guru Penasihat Pengakap, Cikgu Zahrina turut membantu urusetia menguruskan kaunter pendaftaran..


Beginilah kalau mau berkhemah... Ada saja gaya korang...

Selepas itu, slot pertama iaitu Slot Mendirikan Khemah dan Tempat Berlindung mengambil tempat, dibawah kendalian Jurulatih, Encik Johari Johan. Dan, yang paling penting... Khemah baru yang telah dibeli sebelum ini digunakan sepenuhnya untuk menempatkan kesemua 149 orang peserta yang telah mendaftarkan diri.


Cikgu Johari memberikan arahan kepada pelajar dalam Slot Mendirikan Khemah...


Susahkah mau naikkan khemah ni...??


Hujan turun dengan kuat.. Walaupun sekejap.. Selepas khemah siap didirikan...

Beberapa pertandingan turut diadakan dalam tempoh masa yang singkat ini. Pertandingan tersebut ialah Pertandingan Mini Gajet, Pertandingan Pintu Gerbang, Pertandingan Memasak dan Pertandingan Persembahan Malam Kebudayaan.

Pertandingan Mini Gajet yang sememangnya sinonim dengan Unit Pengakap, memerlukan kemahiran membuat ikatan dan simpulan. Oleh itu, untuk meminimakan kelebihan Unit Pengakap, para peserta diberikan latihan asas ikatan dan simpulan yang biasa digunakan untuk membina gajet. Antara simpulan dan ikatan yang diajarkan dalam latihan ini ialah Ikatan Simpul Manuk dan Ikatan Seraya. Dan ternyata, para peserta dapat mengaplikasikan ikatan ini dalam masa yang singkat.


Skip Abdul Kahar mengendalikan Slot Ikatan dan Simpulan


Para peserta tenang mengikuti kursus ikatan dan simpulan...

Mini Gajet yang dibina adalah menggunakan pencucuk sate dengan benang nylon (benang kasut). Memang cantik kalau bikin bagus-bagus..


Bikin mini gajet ka tu... Apa tu??

Unit Bimbingan dan Kaunseling turut mengambil slot dalam perkhemahan ini untuk kursus Pengendalian Majlis dan Penyediaan Kertas Kerja. Sememangnya, perkongsian ilmu dalam kursus ini akan dapat membantu kelancaran pengendalian aktiviti dan perhimpunan mingguan kendalian unit beruniform. Terima kasih kepada Cikgu Kholik dan Cikgu Nordayana atas kerjasama yang diberikan...


Cikgu Nordayana memberikan tips-tips menulis kertas kerja aktiviti..


Ada yang mengantuk nampaknya...


Pemandangan tapak perkhemahan pada waktu malam...


Boss Talip pun turut sama memeriahkan tapak perkhemahan, dua malam berturut-turut...

Dua aktiviti lasak telah dirancang untuk perkhemahan ini iaitu aktiviti Flying Fox dan Abseiling, namun Flying Fox terpaksa dibatalkan pada saat akhir kerana hampir kesemua anggota Jabatan Pertahanan Awam yang bertugas di Tawau dijadualkan berlepas ke Wilayah Persekutuan Labuan untuk menyertai program JPAM. Apa pun, Aktiviti Abseiling tetap berjalan seperti yang dirancang. Terima kasih kepada para Pegawai Bomba dan Penyelamat Malaysia Cawangan Tawau - Hasmadi, Rusdy, Rahmat dan Aristotle. Memang mantapss..!!!


Pegawai Bomba, Hasmadi dan Aristotle menunjukkan demontrasi Abseiling...


Fuh... Laju diaorang turun ni...


Encik Hasmadi memberikan taklimat tentang keselamatan...


Cikgu Rosdiana pun tidak ketinggalan mencuba aksi ini...


Wah... Ada gayat??


Siap pakai kasut Supra lagi...

Aktiviti Orienteering juga tidak kurang hebatnya. Sarjan Jay Sarip dan Staff Lectus dari Rejimen 516 Wataniah Kem Kukusan memberikan pengalaman terbaik menggunakan kompas dan peta. Harap-harap, ilmu yang diterima dalam program perkhemahan ini akan dapat digunapakai apabila perlu kelak...


Korang belakun saja bah ni...


Cari kedudukan SM Teknik Tawau dalam peta...


Begini caranya...


Hah... Letak disini...

Sebelah petang hari ke-2, diisi dengan Kursus Pertolongan Cemas oleh jurulatih bertauliah, Cikgu Yusuf Mohd Nor dibantu oleh Cikgu Chang On Ling. Kursus yang saya sendiri anggap sangat penting sekiranya kita menghadapi kecemasan. Tahniah dan terima kasih kepada kedua-dua jurulatih ini..


Ko bikin betul-betul ka ni Ucop...


Adik Eppy menjadi model ikatan anduh..


Betul ka ni Cikgu Chang??

Pertandingan Memasak pula berjalan dengan sengit apabila setiap unit mempertaruhkan para tukang masak terbaik dalam kontinjen mereka. Pertandingan Memasak yang mewajibkan dua jenis masakan, iaitu Masakan berunsurkan Protein dan Pencuci Mulut / Kuih menerima penyertaan penuh apabila para juri terpaksa mengadili 20 hidangan dari semua unit. Para juri bilang... "Memang sedap-sedap masakan yang diaorang bikin... Tapi cuma ada satu yang terbaik..." Oleh kerana saya tidak berada ditempat kejadian semasa proses pengadilan dilakukan, saya hanya mampu berimiginasi... Hehehe...


Lawatan para pengadil dan juri ke dapur semasa pertandingan memasak berjalan...


Sempat lagi bergaya di depan Pintu Gerbang Pengakap..


Macam special ni... Ikan apa ni??


Wah... Baru pasang api ka??

Pada malam terakhir pula, Pertandingan Persembahan Malam Kebudayaan dijalankan dan dalam masa yang sama unggun api dinyalakan. Dalam pertandingan persembahan ini, para peserta cuba menampilkan kehidupan semasa pelajar dari segi sosial melalui penceritaan moden, sejarah lama dan juga cerita dongeng. Apa pun, tahniah kepada semua peserta yang telah sedaya upaya cuba menunjukkan kerjasama dan komitmen untuk menjayakan persembahan mereka...


Ini perempuan ka tiruan??


Seronok ka??


Macam tension saja pengadil ni... Ya ka Wann??


Uii naa... Ckgu Rasii... Ingat... Yang ikan merah tu sudah booking...


Hah... Yang ini la tu...


Unggun api yang sempat menyambar rambutku...

Dan, akhirnya... Program Perkhemahan ini ditutup dalam satu majlis yang sederhana yang dihiasi dengan warna-warni pakaian seragam unit beruniform. Kalau boleh, tahun depan kita jemput Bapa Angkat Kokurikulum untuk majlis ini.


Semua unit sedang bersiap untuk majlis perasmian penutupan...


Ini geng PBSM... Mana peserta lelaki..??


Happy la korang mau abis sudah...


David Teo bila mau bikin movie lagi..??


Lawatan ke tapak khemah peserta... Khemah PBSM..


Khemah seterusnya... Khemah KRS...


Seterusnya... Khemah Kadet Polis...


Wah... wah.. Berapa orang juga peserta PPIM ni..??


Pernah ikut perkhemahan ka sebelum ini??


Unit Pengakap... Santaii...


Mohd Syamsul Nazri mengetuai Bacaan Doa...


Semangat juga baca ikrar ya...


17 buah hamper yang menjadi rebutan para peserta...


Ucop kecil... Thumbs Up..!!



KEPUTUSAN PERTANDINGAN:

Pertandingan Gajet:
Pertama: PENGAKAP
Kedua: TAEKWONDO
Ketiga: KADET POLIS

Pertandingan Pintu Gerbang
Pertama: KAPA
Kedua: PENGAKAP
Ketiga: PBSM

Pertandingan Memasak
Pertama: TAEKWONDO
Kedua: PENGAKAP
Ketiga: RENJER PUTERI

Pertandingan Malam Kebudayaan
Pertama: SILAT CEKAK
Kedua: PENGAKAP
Ketiga: KADET BOMBA

Peserta Terbaik Lelaki: Mohd Syamsul Nazri Bin Arun



Peserta Terbaik Perempuan: Miftahul Jannah Suwarto



Pasukan Terbaik Keseluruhan (Berdasarkan markah terkumpul)
Pertama: PENGAKAP
Kedua: SILAT CEKAK
Ketiga: KAPA




Selepas majlis perasmian penutupan, semua peserta balik ke khemah masing-masing untuk mengemaskan khemah. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk bergambar... Apa pun, gambar terlalu banyak untuk di upload dalam entri ini... Kalau mau tengok semuanya, boleh la klik link di bawah tu..


Kemas khemah... Jangan lupa khemah sekolah ya...


KAPA dapat berapa hamper?? 3 ka.. Ngam la tu.. Lagipun korang kann ramai...

Apa pun, saya selaku penyelaras ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ajk dan juga peserta yang terlibat dalam menjayakan program perkhemahan ini. Sesungguhnya, usaha anda telah menterjemahkan kertas kerja program ini kepada suatu program yang berjaya. Segala kekurangan dan kelemahan dalam penganjuran kali ini adalah kelemahan saya sendiri dan ianya akan cuba diperhalusi dan diperbaiki ke arah penganjuran yang lebih baik..... Sekian...

ALBUM PERKHEMAHAN BERSEPADU 2011: http://www.pahaikan.com/album3.php#bn-photocenter-1-1-606783686/59580/1/

CATATAN: Tahun depan kita bikin lagi best... Ya ka..??