Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SM Teknik Tawau 2010 (12-14/11/2010)
Posted by carlos george on Friday, November 12, 2010 Under: Teknik Tawau
Kain rentang Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SM Teknik Tawau 2010 sempat disiapkan untuk program ini..
Semua unit beruniform diwajibkan menghantar 20 peserta namun, tidak semua unit dapat memenuhi syarat ini. Sepatutnya 180 peserta mengikuti program perkhemahan ini tetapi hanya lebih kurang 100 orang sahaja yang berjaya hadir. Apa pun ceritanya, semua syarat yang lain telah dipatuhi.
Pelajar dikumpulkan untuk Slot Mendirikan Khemah
Pelajar mula berkumpul pada jam 7:00 pagi dengan membawa peralatan masing-masing. Guru-guru penasihat turut sibuk menguruskan pasukan mereka.
Antara pengisian program yang telah dijalankan ialah:
- Mendirikan khemah dan tempat berlindung
- Tali / Simpulan
- Riadah / Senamrobik
- Pertolongan Cemas
- Kompas / Peta / Orienteering
- Iktihar hidup / Masakan Rimba
- Ceramah Pengurusan Diri & Masa
------------------------------------------------------------------
Layan gambar-gambar menarik sepanjang program perkhemahan ini berlangsung...
Tiada air... Bengkel Katering menjadi mangsa...
Mandi pun kena hati-hati... Nanti kena ambil gambar... Hehehe..
Suasana semasa malam pertama perkhemahan...
Makan dulu ya jurulatih-jurulatih...
Ambil gambar dulu dengan anggota PBSM...
Apa nama benda ni??... Special gajet ka??
Aikk... Pintu gerbang ka jemuran ni...
Cepatlah pakai kasut...
Budak pengakap tolong PBSM buat jemuran ya... Ada apa-apa ka?
Uiikk.. Cuci piring pula penyanyi rock kita ni... Hehehe...
Bergaya ko jemur baju ya Mail...
Berkumpul sebelum aktiviti Iktihar Hidup...
Cikgu Muslihadir dalam Slot Iktihar Hidup...
Cikgu Muslihadir menunjukkan cara memasang perangkap untuk binatang kecil...
Cikgu Derlan dalam Slot Masakan Rimba
"Kamu masak kuih, telur, nasi dan ubi sampai masak... Ingat! Jangan guna gas.. Hehehe"..
Ini macam buyuk sikit... Cikgu pula yang pasang api...
Kreatif juga hanger diaorang ni... Pakai ranting dan daun kelapa...
Sakit mata kena asap ka??
Belum mula masak?
Bomba memang susah sikit pasang api ni... Kalau padam api boleh la...
Pasang perangkap ya... Tapi tali besar macam mau tangkap orang saja tu...
Macam hangus saja kuih lilitnya ni...
Penatkah jurulatih?.. Tak pa.. Makan dulu...
Cikgu Ahmad Fakhrurazi dalam Slot Ceramah Pengurusan Diri & Masa
Semua ketua kontinjen dipanggil ke depan... Tapi motto kumpulan memang kurang mantap...
Pegang kepala dan buka minda...
Wah... Bagus ni... Pelan-pelan ya..
Bakar ikan... Aktiviti wajib setiap Malam Terakhir Perkhemahan...
Terima kash kepada semua anggota pembakar ikan...
Kenyang ka mengantuk tu?? Muka stun saja.... Hahaha...
Yang ditengah macam terkejut pula tu...
Unggun api malam terakhir perkhemahan...
Best ka dalam khemah...??
Peace... Macam rindu rumah pula ni...
Ini sesi temuramah apa ni..?
Relaks bah Zubir...
Pengetua diiringi oleh Cikgu Nizam untuk melawat khemah-khemah peserta semasa majlis penutupan program perkhemahan ini...
Cikgu Ana Sarda bersama pelajar dihadapan khemah Unit Taekwondo
Unit Kadet Bomba...
Cikgu Hilary bersama pelajar di hadapan khemah Unit KRS... (Macam jadi jemuran bah ini pintu gerbang.... Hehehe..)
Anggota Silat Cekak Hanafi membuat persiapan terakhir untuk pertunjukkan seni mempertahankan diri semasa majlis penutupan...
Untuk gambar lain, sila layari Album Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2010. Boleh download gambar juga bah...
CATATAN: Tahniah kepada semua yang terlibat...
In : Teknik Tawau
Tags: "perkhemahan bersepadu kadet bomba krs ppim pbsm kapa silat taekwondo"
blog comments powered by Disqus