Perjalanan masih jauh ke atas... Perjalanan masih jauh tapi sudah dekat.... Entah betul ka tidak ni... Tapi... Ini cuma peringatan buat semua calon SPM 2011 terutamanya pelajar SM Teknik Tawau... SPM cuma tinggal lebih kurang 60 hari sahaja lagi... Tarikh keramat 14/11/2011 bakal menguji semua persediaan yang telah dipersiapkan selama 2 tahun - Tingkatan 4 & 5. Tarikh penamatnya juga akan menjadi tarikh tamatnya alam persekolahan sekolah rendah dan sekolah menengah selama 11 tahun.Sesungguhnya, peperiksaan SPM adalah penentu pilihan masa depan korang... Dan selepas SPM inilah korang mula mencongak pilihan kerjaya yang lebih sesuai untuk diri anda sendiri.
Kekecewaan yang mungkin dialami selepas SPM nanti sememangnya sangat sukar diubati dan kekecewaan itu boleh dielakkan dengan persediaan yang lebih rapi... Mungkin ramai pelajar tidak menyedari bertapa kekecewaan itu bakal mengilis dan menghiris hati dan perasaan ibu bapa yang terus setia memberikan pendidikan kepada mereka walaupun terpaksa bersusah payah.Kesannya, pelajar sendiri. Perasaan tidak mengenang jasa ibu bapa akan terlekat lama dalam jiwa sanubari... Harapan menggunung untuk melihat kejayaan mendaki menara gading tidak dapat disempurnakan... Pendakian tidak sampai pun di kaki gunung...
GAGAL!!! KECEWA!!!Apa pun kekecewaaan itu akan lebih perit untuk dirasakan oleh diri pelajar sendiri...
Ambil semangat dari lembah kekecewaaan yang pernah dialami oleh orang lain untuk membina semangat baru supaya KAMU akan berubah dan bersedia dengan lebih baik... Tetapkan MATLAMAT untuk menjadi yang TERBILANG dikalangan mereka yang CEMERLANG!!! MInta bantuan dari guru dan rakan...DOA dan tingkatkan USAHA.... Masa masih ada... Jangan LEKA!!!
Saya sudah merasainya....PASTI HATI AKAN LEBIH PUAS SEKIRANYA KITA TELAH MEMBERIKAN SEDAYA UPAYA UNTUK SESUATU WALAUPUN IANYA MUNGKIN BERAKHIR DENGAN perkataan GAGAL...TIADA YANG MUSTAHIL .... Percaya pada diri sendiri... INGAT... KEGAGALAN ADALAH CIPTAAN MINDA KITA SENDIRI YANG KERAS KEPALA DAN TIDAK MAHU BERUBAH...
CATATAN: Perjalanan masih nampak jauh dan jangan pelihara SEMUT...