Pemandangan tapak khemah dari kawasan flat SM Teknik Tawau

Persatuan Pengakap SM Teknik Tawau berkhemah lagi.... Masih di tempat yang sama iaitu Tapak Perkhemahan SM Teknik Tawau tetapi kali ini, para pelajar Tingkatan 5 dilantik menjadi fasilitator manakala pelajar Tingkatan 4 menjadi peserta perkhemahan.


Sunyi, sepi, sejuk dan seram... Hehehe...

Seramai 33 orang peserta terlibat dalam perkhemahan kali ini dan 12 orang fasilitator terlibat bersama dengan 4 orang guru pengakap.


Ambil gambar ramai-ramai dulu...


Senyum-senyum pula starring si Kahar ni...


Best ka camping di sekolah ni...??


Aa.. Dengar bagus-bagus.. Lepas ni korang buat ini...


Oppss.. Tergambar pula...


Semua duduk...


Lepas ni kita akan buat aktiviti Malam Pungguk..


Dan korang tidak boleh bising-bising bila ditinggalkan berseorangan dalam gelap...


Fasilitator pun mau bergaya juga bah...

Aktiviti yang sama dilakukan seperti sebelum ini tetapi dengan penambahan aktiviti Malam Pungguk. Aktiviti Malam Pungguk ini memfokuskan keberanian peserta apabila ditempatkan berseorangan, berjauhan antara satu dengan yang lain. Korang faham-faham sajalah kalau malam kann..

Ucapan terima kasih dan tahniah didahulukan kepada semua guru yang terlibat dalam perkhemahan ini....


Cikgu Fatmawati Jalilul


Cikgu Norhayati


Cikgu Buareng dan Cikgu Harun

Tahniah sekali lagi kepada semua peserta yang terlibat dan semoga semua ilmu serta aktiviti dalam perkhemahan ini akan menjadi panduan dan kenangan kepada anda semua ....

CATATAN: Memang aktif berkhemah pengakap ni...