Fr Philip Muji sedang melakukan upacara permandian pada hari tersebut

Akhirnya, hari yang ditunggu tiba. Brianna mengenakan pakaian serba putih yang baru dibeli khas untuk menghadiri majlis pembaptisan bayi dan kanak-kanak di Gereja Holy Trinity, Tawau. Memang bergaya juga bah si Brianna ni.. Cuma montel sikit... Hehehe...

Upacara Sakramentum Permandian yang mula diumumkan 1 bulan yang lepas mendapat sambutan yang sangat baik pada kali ini. Kira-kira 60 orang bayi dan kanak-kanak berjaya dipermandikan.


Brianna bergaya sebelum bertolak ke Greja Holy Trinity Tawau....

Sebelum upacara bermula, Sister Gina memberikan sedikit taklimat mengenai tugas ibu bapa dan penanggung. Apa yang penting, semua ibu bapa dan penanggung dapat sama-sama memahami tugas berat yang bakal dipikul nanti.


Sister Gina memberikan taklimat...


Giliran Brianna dipermandikan... Menangis pula... Hehehe....


Nah kan...

Majlis yang bermula jam 2:00 petang ini berakhir kira-kira jam 3:40 petang. Sempat juga ambil gambar kenangan dengan Fr Philip Muji. Thank you very much...


Gambar keluarga bersama Fr Philip Muji dan Mama Angkat Brianna, Elvina Joseph

CATATAN: Terima kasih kepada Fr Philip Muji yang akan berpindah pada hujung bulan ini. Majlis makan malam sempena perpindahan beliau adalah pada malam 27/02/2010.