Para pemantau proses 5S, dari kiri: Encik Rashid, Encik Rizuan dan Encik Fazli

Pihak BPTV bakal meneruskan misi mencapai KPI pada tahun ini iaitu mendapatkan pensijilan 5S bagi semua Sekolah Menengah Vokasional sebelum beralih kepada Kolej Vokasional sepenuhnya menjelang 2014. Dan, untuk tujuan itu, beberapa pegawai dari Bahagian Pengurusan Aset (BPA) dihantar ke sekolah-sekolah terlibat untuk meninjau dan memperbaiki kelemahan dalam proses 5S yang sedang dijalankan.

Di SM Vokasional Tawau, tinjauan dan pemantauan ini dilakukan mengikut blok iaitu, Blok ERT, Blok Teknikal dan juga Blok Vokasional. Saya ditugaskan sebagai jurufoto untuk program ini di Blok Vokasional dan walaupun proses ini memakan masa yang lama dan terpaksa mengorbankan kelas tercinta... Mungkin, ianya berbaloi dan perlu diambil perhatian oleh semua PIC yang terlibat.


Stesen pertama: Pejabat AM...


Cerita pasal parking lot ka ni??


Kelas 5 Automotif


Bengkel Elektrik bersama Ketua Bengkel, Encik Muhammad Yamalang...


Antena Radio di hadapan Bilik Rekacipta dilihat kurang kemas dan perlu mendapat tindakan segera...


Bengkel Automotif bersama Ketua Bengkel, Cikgu Hashim Lahiban...


Stor Bengkel Elektronik...


Bengkel Pengaturcaraan Komputer...


Bila mau rehat ni...???

Saya pernah bekerja di sebuah syarikat swasta yang menerima pensijilan ISO Guide 25 untuk makmal sains. Sememangnya, proses 5S yang diamalkan dalam syarikat tesebut berjaya melicinkan sistem pengurusan. Saya pasti, sekiranya 5S ini berjaya diimplementasikan sepenuhnya di SM Vokasional Tawau, beberapa perkara yang sejak sekian lama menggangu sistem pengurusan akan dapat di"sisih"kan...

CATATAN: SM Vokasional Tawau BOLEH!!!