Cikgu Kholik Maming selaku Penyelaras Program MENTOR MENTEE 2011

Akhirnya Program MENTOR MENTEE SM Teknik Tawau yang tidak kedengaran buat sekian lamanya muncul semula dengan susunan dan pengisian yang lebih menarik dan lebih memudahkan hubungan MENTOR dengan MENTEEnya.

Program yang dilancarkan dalam Majlis Perhimpunan Mingguan pada 28/02/2011 ini antara lain bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar dan seterusnya memberi bimbingan, membakar semangat dan meningkatkan kesedaran untuk terus maju dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.


Pelancaran Program MENTOR MENTEE disempurnakan oleh Pengetua, Encik Johan Okasa

Dalam program ini, setiap guru diberikan 5 - 7 orang MENTEE daripada Tingkatan 4 & 5 tanpa mengira latarbelakang keluarga dan pendidikan mereka. Secara logiknya, kaedah seperti ini akan mengurangkan jarak antara mereka yang pandai dan kurang pandai. Apa pun usaha seperti ini harus dilaksanakan dengan sebaik mungkin untuk mendapat maanfaatnya.


Yang ini... saya punya MENTEE.. Ada juga yang tidak hadir sekolah rupanya...


Sabar Cikgu Hussein... Ada empat orang lagi yang belum sampai...


Nah kau... Baru korang tau dapat Cikgu Buareng jadi MENTOR... Hahaha...


"Selepas sesi ni kena masuk Dewan TAS semula.." Munkin itulah yang sedang diaktakan oleh Cikgu Arnayati kepada MENTEE-MENTEE nya...


Cikgu Keegan mengadakan sesi MENTORINGnya di hadapan Bengkel Elektronik...


"Saya memang masih bujang... Tapi sudah berpunya..." Aisyeh men... inipun mau kasi tau ka??


"Hehehe..."


Hm... Serius juga dia ni dengar Cikgu Keegan bercerita...

CATATAN: Usaha + DOA = Kejayaan...