Seperti tahun-tahun sebelumnya, Minggu Kemerdekaan akan disambut dalam bulan Ogos sebelum 31 Ogos 2009. Majlis pelancaran untuk tahun ini telah pun dilaksanakan kelmarin, disempurnakan oleh Encik Ghazali Shah Ghani, Penolong Kanan Pentadbiran Teknik Tawau.

Sepanjang minggu ini, banyak aktiviti akan diadakan seperti Kelas Tercantik (Tema Hari Kebangsaan), Melukis Poster, Bersajak... banyak lagi la... Kepada yang berminat sila rujuk kepada setiausaha Kelab Rukun Negara, Adik Norsheila Binti Salleh, 5 PKA1.

Tahniah.. Kelab Rukun Negara!!


Pengerusi Kelab Rukun Negara, Muhammad Fahmi Bin Zulkifli, 5 PKA2

CATATAN: Hari penutupan memang best!!