Barisan pelajar berpakaian lengkap Unit Beruniform masing-masing bertugas memegang bendera Jalur Gemilang dalam program ini...

Bulan Kemerdekaan SM Teknik Tawau dilancarkan hari ini oleh Penolong Kanan HEM, Cikgu Fakhrurazi Hamzah, mewakili pengetua yang berada diluar kawasan. Majlis bermula pada jam 9:30 pagi di Dewan Tun Ahmad Shah, didahului oleh Ceramah Bulan Kemerdekaan oleh penceramah jemputan, Encik Jasmin. Kemudian diikuti oleh ucapan perasmian Bulan Kemerdekaan oleh Cikgu Ahmad Fakhrurazi, Penolong Kanan HEM SM Teknik Tawau.


Panjang lebar juga ceramah Encik Jasmin ni...


Ucapan perasmian Bulan Kemerdekaan yang disempurnakan oleh Cikgu Ahmad Fakhrurazi


Cenderamata dan saguhati buat penceramah

Yang menarik pada kali ini ialah penglibatan secara langsung persatuan unit beruniform dalam program seumpamanya. Ini sememangnya suatu idea yang menarik. Sememangnya semangat patriotik terus berkobar dengan melihat para wakil unit beruniform memakai pakaian lengkap sambil memegang bendera Malaysia, Bendera Jalur Gemilang.


Barisan wakil setiap unit beruniform yang memegang bendera Jalur Gemilang...


Para pemegang bendera berlari masuk sejurus selepas kompang dibunyikan yang menandakan rasminya Bulan Kemerdekaan 2011 SM Teknik Tawau...


Upacara penyerahan Bendera Jalur Gemilang kepada pihak pentadbiran yang disempurnakan oleh Penyelaras Bulan Kemerdekaan yang juga Guru Penasihat Kelab Rukun Negara, Cikgu Christine


Para pemegang bendera berdiri megah di hadapan semua para hadirin...


Upacara penyerahan Bendera Jalur Gemilang kepada semua ketua kelas...


Jaga bendera bagus-bagus, hias kelas cantik-cantik...

Secara peribadi, saya agak berpuas hati dengan semangat yang ditunjukkan oleh semua guru dan pelajar semasa melaungkan perkataan keramat.. MERDEKA!...MERDEKA!...MERDEKA!!!... dan juga semasa menyanyikan Lagu Jalur Gemilang dan Lagu Satu Malaysia.


Barisan VIP mengibarkan Jalur Gemilang sambil menyanyikan lagu Jalur Gemilang...


Cikgu Idham Hussin dan Cikgu Talip Maming turut sama menyanyikan lagu...


Kibar bendera tinggi sikit...


Suasana agak meriah...


dan disulami dengan getaran semangat yang tinggi...


Memang bagus nyanyian korang kali ni...


Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam majlis ini...


Terima kasih juga kepada pengacara majlis, Cikgu Rasna Jalaly

Apapun, pastikan semangat itu akan terus berkobar sampai bila-bila dan teruskan mencintai negara kita seperti mencintai diri sendiri...

Tahniah kepada penyelaras dan semua AJK yang terlibat dalam majlis ini...

Di sini turut diselitkan beberapa gambar lain yang diambil semasa majlis berlangsung dan bakal menjadi kenangan manis buat semua....


Cikgu Anif Hamzah... Macam serius saja ni Nif..


Om dengan Jalur Gemilang...


Aikk... Ini Sarab (Sabah+Arab) ka?


Gaya-gaya pemain kompang...


Trademark si Zainab... PEACE Patrick!!


Kami pun mau juga...!!! LOL


Bagus gambar guru dan anak didik ni... Hehehe...


Apa yang "good" tu Kadir?...


Memang sepatutnya seorang pelajar memasang angan-angan untuk berbakti kepada negara... Mungkin dalam arena Bolasepak... Ya kah Mirul...??

CATATAN: Bulan kemerdekaan SM Teknik Tawau akan melabuhkan tirai pada 16 September 2011...