Gambar kenangan pasukan SM Teknik Tawau bersama guru pengiring dan Pengetua, Encik Johan Bin Okasa

Pasukan SM Teknik Tawau pulang dari KAT Johor 2010 dengan tangan kosong... Mungkin pasukan lawan lebih hebat dan lebih bersedia berbanding pasukan kita... Apa pun, mewakili Zon Sabah ke peringkat Kebangsaan sememangnya sudah cukup membanggakan.

Pengalaman yang ditimba oleh setiap peserta sepanjang kejohanan berlangsung pastinya akan menjadi suatu kenangan manis terutamanya untuk peserta dari SM Teknik Tawau... 


Gembira nampak...

Oleh kerana saya sememangnya tidak berada disana untuk memerhatikan setiap perlawanan, saya hanya bergantung kepada laman web khas yang diwujudkan untuk KAT Kebangsaan 2010. Walaupun terpaksa menunggu semalaman untuk mendapatkan update terkini... Maklumat yang disampaikan agak lengkap dan teratur. Sila klik sini untuk ke laman web tersebut: KAT Johor 2010  dan Buletin KAT Johor 2010

Keputusan perlawanan untuk Pasukan Bola Sepak dalam Kumpulan B adalah seperti berikut:

SABAH vs JOHOR   ( 1 - 0 )   Menang

PAHANG vs SABAH   ( 1 - 1 )   Seri     

SABAH  VS SEL/WPKL   ( 0 - 2 )   Kalah

SABAH  VS KEDAH/PERLIS   ( 0 - 2 )   Kalah

SEL/WPKL (Juara) dan PAHANG (Naib Juara)



Apalah diaorang fikir ni...

Pasukan Bahas Bahasa Inggeris pula turun untuk mempertahankan kejuaraan tahun lepas namun tewas di pusingan pertama kepada pemenang tempat kedua pertandingan bahas kali ini iaitu Pasukan Sarawak. Walau bagaimanapun, pasukan bahas SM Teknik Tawau berjaya menewaskan Johor untuk mengungguli Loser's Pool. Perjalanan Pasukan Bahas adalah seperti berikut:

Pusingan 1: SABAH vs SARAWAK   (Kalah)   Best Speaker: Chryl A/K David C’swah (SARAWAK)

Loser's Pool: SABAH VS JOHOR   (Menang)   Best Speaker: Nurul Amirah Binti Zainuddin (SABAH)


Kabur pula gambar ni....

Sumber gambar:
Buletin KAT Johor 2010
KAT Kebangsaan Johor Facebook's

CATATAN: Tidak apa... Tahun depan cuba lagi....