PIKOM PC Fair yang diadakan di Dewan Masyarakat Tawau selama tiga hari tidak menawarkan barangan istimewa..

Saya berkesempatan untuk menghadiri pameran ini selama 2 hari iaitu pada hari pertama dan hari terakhir namun apa yang dapat dilihat ialah kebanyakannya barangan aksesori komputer dari Negara China. Memang ini agak mengecewakan dan barangan yang diperagakan hampir sama dengan harga dikedai. Memang tiada apa yang istimewa di PC Fair Tawau kali ini...


Ramai orang berpusu-pusu mencari barangan dalam pameran ini..

Memang ramai orang yang datang ke pameran ini seperti pada kebiasaannya namun ramai yang kelihatan kecewa. Walau bagaimanapun, terima kasih kepada semua booth yang terlibat kerana mengikut maklumat yang saya dengar, harga setiap booth agak tinggi pada kali ini.


Mini LCD Projektor yang agak menarik tetapi harganya ialah RM1999.00 NETT...

Saya cuba untuk mencari 4 benda dalam PC Fair ini iaitu Hard Disk 320GB, Pendrive 8GB, SDHC Memory Card 8 GB dan ink untuk HP60 tetapi hanya berjaya mendapatkan dua sahaja (harddisk dan ink) pada harga yang agak memuaskan. SDHC pula tiada ditawarkan...


Harga kamera LUMIX DMC-IX3 dalam pameran ini sama seperti harga dikedai biasa...

Hadiah percuma dari penganjur pada kali ini pula lebih demanding iaitu pembelian perlu mencecah RM300 berbanding tahun sebelumnya yang hanya memerlukan kita berbelanja sebanyak RM200. Apa pun banyak yang perlu dilihat untuk memantapkan lagi pameran ini pada tahun yang akan datang...

CATATAN: Masih mencari SDHC... Mungkin beli di Lelong.com pun ok juga ni...